Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

MARI KITA BERSAHABAT

Mari kita bersahabat untuk selamanya mari kita lupakan tentang sebuah janji yang tak mungkin kau kotakan untuk selama kerana kau ditakdirka­n tak akan mungkin menjadi seorang Rais ataukah seorang Uda dan aku tak mungkin jadi seorang Laila atau seorang Dara mari kita bersahabat untuk selamanya kita lupakan semua kenangan manis kerana kau tak mungkin menjadi seorang wira untuk menjadi seorang nakhoda dalam sebuah bahtera yang kita bina aku sudah lelah menjadi penanti aku sudah tidak kuat menanti janji-janjimu aku sudah tidak mampu menyeka air mataku berapa kali harus kurubah setiap perjanjian yang sering kau ingkari entah berapa kali aku berikan peluang mari kita perbaharui janji untuk menjadi seorang sahabat.

SITTI RAHMAH G. HAJI IBRAHIM Tg. Aru, Kota Kinabalu 29.10.17

DAUN AJAIB

(Dedikasi untuk generasiku)

Sebaiknya tak usah kau kenal daun aiaib itu yang boleh kau tanam di laman rumah daun ajaib dari masa lalu yang penuh dengan sejarah yang perih kerana daun ajaib itu telah banyak yang menjadi korban kecil, tua dan muda kaya. Miskin, hatta yang tersohor dan sesiapa sahaja yang mencintain­ya daun ajaib itu bukan penawar duka

bukan pengubat luka dan kecewa atau sesekali membawamu terbang merentas dunia khyalan.

Sebaiknya tak usah kau mesrai daun ajaib itu kerana sekali kau cembui kau akan akan kehilangan segalanya walau ia memberi nikmati yang luar biasa nanti tak akan kau temui jalan keluar mencari dirimu yang sesat disebalik rimbunan daun ajaib tak akan kau miliki sebuah kebahagian sesudah kau menjadi sahabat daun ajaib itu.

SITTI RAHMAH G. HAJI IBRAHIM Tg. Aru, Kota Kinabalu 25.11.2017

SITTI RAHMAH G. HAJI IBRAHIM dilahirkan di Kampung Kolapis, Beluran, Sabah. Beliau bersekolah di SK. Kolapis, Beluran, dan kemudian melanjutka­n pelajaran di SMK. Sandakan, Sabah. Beliau mula menulis ketika masih di bangku sekolah. Sehingga kini, beliau telah menulis 12 buah novel yang diterbitka­n DBP, K. Publishing, Eseview, Fajar Bakti dan Melur, Irish, novel dewasa dan kanak-kanak dan memenangi pelbagai anugerah. Antaranya, Hadiah Sastera Sabah mulai tahun 1988 sehingga 2012-2013. Mulai menulis novel pada tahun 1980 berjudul Bunga Daun Puding memenangi anugerah saguhati, sementara cerpen mendapat tempat pertama Peduka Sang Unta dan kedua Aku dan Pepulau anjuran Jabatan Ketua Menteri Sabah. Buku terbaru Buku Daftar Suku Orang Sungai. Dalam berpersatu­an beliau menyandang jawatan Timbalan Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

BAHTERA PERSOALAN

Bahtera persoalan belayar di samudera jiwa meredah ombak curiga resah nan membadai dihanyutka­n angin ramalan di malam nan gelap ke pulau wasangka dengan seribu duga jarak yang berteka-teki.

Bahtera persoalan belum tiba di pelabuhan jawapan tatkala menanti keputusan saat menjatuhka­n sauh curiga pelabuhan lega menurunkan puas di dermaga dari dalam kabin risau yang terkumpul kargo galau.

Bahtera persoalan dalam misi pelayaran yang bermusim nakhoda nafsu lupa diri hingga karam dek kehilangan arah pabila ribut amarah mendurja hingga musnah impian berkecai harapan.

PAUZI MOHD ISA, Bidor, Perak.

BUNGA HARAP BERKEMBANG LAGI

Bunga harap dari pepohon kehidupan nan merimbun terus berkembang bersama kudup doa dan daunan sabar subur menghijau dibaja ikhtiar reranting cita bisa patah dibadai angin ribut kecewa andai akar gigihnya tiada waja.

Bunga harap dari pepohon keazaman terus berkembang bersama haruman doa wangian syukur segar kasih-Nya di tangkai rezeki subur murni di kebun takdir andai padu batangnya tiada mereput.

Bunga harap dari pepohon keyakinan terus berkembang penyeri taman nurani seindah kembang pagi buana keasyikan syurga kehidupan duniawi dan ukhrawi.

PAUZI MOHD ISA, Bdor, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia