Utusan Borneo (Sabah)

SAMBUNGAN CERPEN

-

“Nak kemana tu mak cik?” soal pemandu itu.

“Nak ke Tamu Keningau encik,” jawab Mak Senah sambil menaikkan halianya ke dalam kereta.

Pagi itu Mak Senah terus duduk bersimpuh menanti orang datang membeli hailanya.Mak Senah terus melihat orang ramai yang berkunjung di Tamu Keningau pagi itu.Mmm... semoga haliaku akan habis terjual doanya dalam hati.

“Mak cik halia ni berapa harga?” tiba-tiba seorang gadis datang membeli halianya membuatkan lamunannya terhenti.

“Mmm..RM5 sekilo nak,” katanya sambil tersenyum.

Mak Senah terus tersenyum gembira apabila halianya telah habis dibeli pada pagi itu,syukur atas rezeki ini doanya dengan penuh kesyukuran, sebelum pulang mak Senah membeli alat-alat keperluan dapur dan sedikit

kuih untuk buah tangan anaknya di rumah setelah itu Mak Senah perlahanla­han mengatur langkah ke perhentian bas.Hatinya terus berbunga gembira atas rezekinya pada hari ini.

Hari demi hari terus bertukar lembaran, hari bertukar minggu,minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun semuanya menukarkan wajah dan corak waktu,semuanya pergi tanpa kembali lagi.Pagi itu Mak Senah bangun seawalnya untuk menyediaka­n sarapan anak-anaknya dan bekalannya ke kebun. Mak Senah terus memasak sarapan pagi.

“Marilah sarapan dulu sebelum pergi sekolah,” seru Mak Senah sambil melihat anak-anak bersiap sedia pergi sekolah pada pagi itu.

“Baik mak,” ujar Jovita sambil menyikat rambutnya.

Pagi itu mereka bersarapan bersamaan a kanaknya, mereka

makan nasi dan minum Kopi O yang masih panas.

“Mak kami jalan ke sekolah dulu ya,” ucap Julia sambil mengucup lengan ibunya.

“Baik nak belajar bersungguh-sungguh ingatlah kita hanya orang miskin,”nasihat Mak Senah.

Pagi itu matahari terus bersinar garang namun Mak Senah terus menebang pokok di kebunnya,burung berkicau-kicau seolah menghiburk­an Mak Senah yang berkerja keseoranga­n. Uiii...panasnya keluh hati Mak Senah sambil melihat pokok-pokok yang telah tumbang.Aku mesti menanam padi huma supaya tidak memintamin­ta lagi,desis hatinya penuh pilu.Dia teringat kembali padi sawahnya yang tidak menjadi itu kerana kemarau panjang dan diserang serangga membuatkan padinya tidak berisi.Dia berazam membuka kebun untuk menanam padi huma pula. Mak Senah terus menebas rumput. Semoga usahaku akan berjaya, doanya dengan pengharapa­n sambil mengeuk air untuk melepaskan dahaga. Mak Senah mendongak kearah matahari.Uhu! Dah tengahari rupanya lalu kembali ke sulapnya. Tengahari itu Mak

Senah menjamu selera dengan makan ubi kayu rebus berlaukkan ikan masin.

Petang itu Mak Senah terus menebang pokok hingga tumbang semuanya. Bila kering nanti bolehlah dibakar, bisik hatinya sambil mencantas ranting pokok dan dikumpulka­n. Peluhnya terus mengalir membasahi bajunya namun Mak Senah terus juga tekun bekerja sehingga senja menjelang.Uhu! Penatnya..desis hatinya sambil memandang lembayung senja yang telah melambai ke peraduanny­a memaksa Mak Senah mengatur langkah untuk pulang ke rumah.Esok lagilah aku sambung, desis hatinya sambil menoleh ke kebun.

Ayam mula berkokok menandakan dinihari menjelang tiba.Pagi itu Mak Senah bangun untuk menyediaka­n sarapan dan bekalan ke kebun nanti. Mak Senah menyediaka­n nasi linotop dan lauk jatung pisang bercampur ikan masin.Hari ini Mak Senah meminta bantuan orang kampung menugal di kebunnya.Matahari terus bersinar garang namun mereka tetap menugal dengan tekun.Mak Senah melihat orang lelaki yang

menugal dan

perempuan mengisi padi dalam lubang yang ditugal itu. Sambil bekerja mereka berbual-bual. Sesekali terdengar gelak ketawa bergurau senda.Mak Senah hanya tersenyum mendengar gurauan mereka.

“Atukoii!!! Panasnya!” tiba-tiba terdengar jeritan seorang gadis yang kepanasan oleh sinaran matahari.

“Marilah berehat dulu,” ujar Mak Senah mengajak kawan-kawan berhenti berehat tengahari itu.

Tengahari itu mak Senah mengeluark­an bekalan dari

barait dan menghidang­kan di atas di tikar mengkuang. Mereka makan nasi linotop

berlaukkan jantung pisang bercampur ikan masin dan jeruk bambangan yang amat menyelerak­an. Sambil makan mereka bersembang-sembang. Selepas makan tengahari itu mereka berehat sebentar sebelum menyambung menugal

di sebelah petang. Mereka juga minum tapai untuk menghilang­kan lelah,mereka silih berganti menghisap tapai dalam tajau itu.

Petang itu mereka menyambung semula

menugal padi,mereka terus tekun bekerja hingga senja menjelang tiba. “Terima kasih semua kerana datang menolong menugal,” ucap Mak

Senah dengan keharuan.

“Ya sama-sama juga, mintataban­g memang menjadi amalan mulia sejak nenek moyang lagi,”kata ketua kampung sambil tersenyum,sambil melangkah pulang ke rumah masing-masing.

Hari tetap berlalu pergi tanpa kembali lagi. Semuanya menukarkan wajah dan corak warna waktu.Mak Senah hanya mampu melihat semuanya meninggalk­annya tanpa mengucapka­n selamat tinggal pada sesiapa pun.Pagi itu matahari menyinari alam maya, Mak Senah akan pergi ke kebunnya. Dia terus berjalan merentasi semak belukar.

“Mak, cikgu kata minta bayaran yuran peperiksaa­n SPM,” kata-kata Joel seakan kembali terngiang di tubir telinganya

Ah! kini anak-anakku sudah meningkat dewasa, desis hatinya. Kini Jovita akan menduduki PMR dan Julia akan menduduki UPSR dan semua meminta wang untuk bayaran peperiksaa­n mereka.Agh! Demi kejayaan anakanakku aku akan sedaya upaya mencari rezeki,desis hatinya.Sesampainy­a di kebun, dia terus menoreh getah dengan penuh kegigihan,satu persatu pokok getah ditorehnya. Ditubir mata terus terbayang kepingan getah yang telah dikumpulny­a selama menoreh,kelak bila kujual bolehlah aku membayar yuran peperkisaa­n anakanakku, desis hatinya terus berkata-kata.

Selepas menoreh pagi itu, dia pergi ke kebun padi humanya. Hatinya gembira kerana padi humanya telah masak.Sekarang bolehlah aku menuai pula,desis hatinya sambil memulakan menuai padi.Dia terus menuai walau matahari bersinar garang.

Tirai waktu terus menuncuri tanpa kembali lagi.Agh! Alangkah cepatnya pintasan waktu,desis hati Mak Senah.Pagi itu matahari bersinar ceria. Mak Senah terus duduk di anjung rumahnya. Kini kehidupann­ya telah bertukar corak dan warna, tidak hidup dalam kemiskinan lagi,rumah usangnya telah berganti banglo dan Mak Senah menoleh lagi ke arah gambar-gambar anaknya yang telah berjaya dalam pelajaran itu.Mak Senah terus tersenyum, syukur titisan nur kasih-Nya yang tercurah dalam kehidupan ini. Kebahagiaa­n pasti akan dinikmati juga akhirnya, desis hatinya. Kini anakanakny­a telah berjaya. Joel bekerja sebagai seorang polis, Jovita telah menjadi seorang jururawat dan Julia pula seorang guru dan Julie masih menuntut di Univesiti Malaya

Lembayung senja terpamer dengan penuh keindahan. Semilir senja menyapa wajah Mak Senah membuatnya terhenti dari lamunan. Syukur titisan nur kasih-Nya menyinari kehidupank­u, doanya sambil tersenyum dan senja pun menutup tirainya.

GLOSARI:

Bahasa Dusun

1.Barait = Beg yang di buat rotan.

2.Wakid = bakul yang dibuat dari buluh.

3. Linotop =Nasi yang bungkus dengan daun.

4. Mintataban­g = Bergotong-royong

 ?? Sekadar Gambar Hiasan ??
Sekadar Gambar Hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia