Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa perlu berfikir di luar kotak

Pelbagaika­n aktiviti mampu tarik ahli kariah terutama generasi muda

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

Presepsi yang menganggap bahawa masjid itu untuk perkumpula­n warga emas dan warga pesara perlu dihindari kerana sebagai seorang muslim adalah menjadi tugas dan tanggungja­wab kita untuk mengimarah­kan rumah Allah SWT dengan pelbagai aktiviti keilmuan selain daripada mengerjaka­n ibadat solat

DATUK HJ. MOHD DAHALI HJ MATSIN Pengerusi Masjid Nurul Iman

JAWATANKUA­SA

Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih Putatan disaran untuk berfikir di luar kotak dengan mempelbaga­ikan aktiviti yang mampu untuk menarik ahli kariah terutama sekali generasi muda untuk mencintai dan datang ke masjid.

Presepsi yang menganggap bahawa masjid itu untuk perkumpula­n warga emas dan warga pesara perlu dihindari kerana sebagai seorang muslim adalah menjadi tugas dan tanggungja­wab kita untuk mengimarah­kan rumah Allah SWT dengan pelbagai aktiviti keilmuan selain daripada mengerjaka­n ibadat solat.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih Putatan Datuk Hj. Mohd Dahali Hj Matsin ketika berucap di Mesyuarat Agung Masjid tersebut, di sini pada Sabtu.

Dalam mesyuarat agung tersebut beliau sekali lagi dipilih tanpa bertanding sebagai Pengerusi bagi sesi 2018-2020. Mengulas tentang pemilihan tersebut beliau menganggap ianya sebagai satu amanah dan tanggungja­wab yang perlu

dilaksanak­an dengan penuh komitmen serta semangat berpasukan selaras dengan tuntutan agama Islam.

Sambil mengucapka­n terimakasi­h kepada jemaah di atas kepercayaa­n yang diberikan, beliau berharap kombinasi muka lama dan baharu mampu untuk menampilka­n idea baharu ke arah yang lebih mantap demi kemajuan masjid dan agama Islam.

Menurut Mohd Dahali, fokus utama beliau ialah mencari dana bagi menaik taraf Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih yang usianya telah menjakau 22 tahun.

Katanya, dengan pertambaha­n penduduk dan jemaah, sudah tentu ianya satu keperluan selain daripada memperbany­akkan lagi aktiviti melalui penubuhan beberapa syukbah.

Dalam mesyuarat agung tersebut seramai 10 orang telah dipilih termasuk empat muka baharu.

Senarai Jawatankua­sa Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih Putatan bagi sessi 20182020 adalah seperti berikut; Penasihat; Ust. Hj. Ghazali Sulaiman, Hj. Uda Sulai dan Datuk Hj. Matin Datuk Hj. Pandin, Pengerusi Datuk Hj. Mohd. Dahali Hj. Matsin, Tim. Pengerusi; Imam Maimon Mokhtar, Setiausaha; Anuar Mohd. Noh, Pen. Setiausaha; Mohd Yusof Mohd. Kassim dan Bendahari; Imam Ahmad Hj. Malik.

Sepuluh AJK ialah; Hj. Sheikh Hashim Sheikh Hassan, Hj. Mohd Yunin Hj. Atin, Hj. Ahmid Hj. Latip, Jasri Hj. Abd. Gaffar, Hjh. Atinah Hj. Budin, Hjh. Mariah Abdullah, Jahan Amir, Azman Pelin, Samat Hj. Afzal dan Rosli Sunding.

 ??  ?? BARISAN jawatankua­sa baru sesi 2018-2020 Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih Putatan.
BARISAN jawatankua­sa baru sesi 2018-2020 Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih Putatan.
 ??  ?? ANTARA yang hadir sempena Mesyuarat Agung Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih, Putatan.
ANTARA yang hadir sempena Mesyuarat Agung Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih, Putatan.
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Dahali menyampaik­an sijil dan cendera kenangan kepada Penasihat Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih Putatan Hj. Uda Sulai.
MOHD Dahali menyampaik­an sijil dan cendera kenangan kepada Penasihat Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih Putatan Hj. Uda Sulai.
 ??  ?? BARISAN jawatankua­sa lama Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih Putatan merakamkan album kenangan.
BARISAN jawatankua­sa lama Masjid Nurul Iman Kampung Pasir Putih Putatan merakamkan album kenangan.
 ??  ?? MOHD Dahali (tengah) bergambar kenangan bersama petugas kehadiran.
MOHD Dahali (tengah) bergambar kenangan bersama petugas kehadiran.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kaum hawa yang hadir merakam kenangan.
SEBAHAGIAN kaum hawa yang hadir merakam kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia