Utusan Borneo (Sabah)

‘Seperti ada sesuatu yang tidak kena’

-

PELAKON Azad Jazmin (gambar) memberitah­u terkejut dengan berita penahanan aktor dan rakan seperjuang­annya, Datuk Farid Kamil pada Khamis lalu.

Azad atau Azad Jazmin John Louis Jeffri, 41, berkata, dia mengenali rapat pelakon ‘Pinjamkan Hatiku’ itu sebagai seorang yang budiman dan sentiasa merendah diri.

“Sekenal aku dengan Datuk Farid dia seorang yang merendah diri, dia baik dengan orang. Namun apa yang aku dengar tentang dia membuatkan aku terkejut.

“Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Semoga kes ini dapat diselesaik­an cara aman dan damai,” ujarnya menerusi komen di laman sosial Farid.

Dalam pada itu, Azad menerusi video yang dimuat naik di Instagramn­ya berharap netizen dan peminat-peminatnya tidak terus memberi komen negatif sehingga mengaibkan pelakon itu.

Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakan perkara yang baik dan permudahka­n urusan pelakon filem itu.

“Saya mohon netizen dan peminat-peminat saya tidak mengaibkan Datuk Farid Kamil kerana dia mempunyai anak-anak dan keluarga.

“Kalau kita nak komen negatif kita fikir masak-masak dahulu,” ujarnya.

Terdahulu, Farid ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin. sumber www.mstar.com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia