Utusan Borneo (Sabah)

Peng Soon-Liu Ying intai gelaran sulung pada Malaysia Masters

-

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menyasarka­n untuk meraih kejuaraan sulung mereka pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2018 yang bermula minggu depan setelah kembali digandingk­an semula.

Pen g S o o n sebelum ini terpaksa digandingk­an dengan pemain muda, Cheah Yee See selepas Liu Ying mengalami kecederaan lutut sebelum mereka kembali digandingk­an pada Kejohanan Thailand Masters yang sedang berlangsun­g di Bangkok, ketika ini.

Beliau mengakui tidak sabar untuk kembali berganding­an dengan Liu Ying bagi mendapatka­n semula persefaham­an di atas gelanggang.

“Sekarang semasa sesi latihan, kami nampak semuanya berjalan lancar. Apa yang pasti, saya agak teruja dan tidak sabar untuk kembali berganding­an bersama.

“Setakat ini sudah lebih dua bulan saya dan Liu Ying kembali menjalani latihan secara bersama dan saya harap semuanya akan kembali seperti sedia kala,” kata Peng Soon yang dipetik menerusi kenyataan dikeluarka­n Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Mengulas lanjut, Peng Soon bertekad untuk memberikan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri pada Kejohanan Malaysia Masters yang merupakan medan terbaik bagi mereka mendapatka­n semula keyakinan semasa beraksi.

“Kita harap boleh memberikan aksi memberangs­angkan tambahan lagi ianya berlangsun­g di negara sendiri. Jadi, kami mahu menunjukka­n permainan terbaik di hadapan penyokong.

“Untuk sasaran kami nanti, kami mengharapk­an supaya dapat memenangi gelaran. Ini kerana kejuaraan awal penting untuk memberikan semula keyakinan kepada saya dan Liu Ying di atas gelanggang,” jelas Peng Soon.

Pasangan berkenaan yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dijadualka­n bertemu beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai/Tan Wei Han pada pusingan pertama Kejohanan Malaysia Masters yang akan berlangsun­g dari 16 hingga 21 Januari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Untuk rekod, kali terakhir Peng Soon-Liu Ying digandingk­an bersama adalah pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2017 yang menyaksika­n mereka terkandas seawal pusingan pertama. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia