Utusan Borneo (Sabah)

Van Persie kembali ke Feyenoord

-

THE HAGUE: Penyerang dan penjaring terbanyak Belanda Robin van Persie akan pulang untuk menyertai semula kelab zaman kanak-kanaknya Feyenoord, media Belanda melaporkan kelmarin.

“Tidak semuanya sudah selesai diatur sepenuhnya, tetapi ia seakan-akan bergerak ke arah yang betul,” kata seorang pegawai kelab kepada agensi berita ANP.

Van Persie dijangka menjalani pemeriksaa­n kesihatan pada hujung minggu ini, ujar media Belanda.

Bekas bintang Arsenal dan bekas bintang Manchester United berusia 34 tahun itu masih mengikat kontrak bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahce.

Dia dipanggil semula ke dalam pasukan kebangsaan Belanda pada Ogos lalu walaupun dia tidak memakai jersi Belanda sejak 2015.

Namun dia mengalami kecederaan lutut, selepas kepulangan­nya yang mengejutka­n ke persada antarabang­sa, yang tidak mengizinka­nnya untuk turun ke padang bagi kelab di Istanbul itu sejak itu.

Van Persie, yang pernah dipilih sebagai bakat muda terbaik Persatuan Bola Sepak Belanda, masih penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi negaranya selepas menjaringk­an 50 gol dalam 102 perlawanan antarabang­sa.

Selepas memulakan karier bersama Excelsior, dia membuat penampilan sulung untuk Feyenoord pada 2002, sebelum dia berpindah ke Arsenal pada 2004, akhirnya menjadi kapten pada 20112012.

Dia berhijrah ke Manchester United pada Ogos 2012 untuk bayaran lebih 27 juta pound (RM148.5 juta). Dia menyertai Fenerbahce pada Julai 2015. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? VAN PERSIE
VAN PERSIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia