Utusan Borneo (Sabah)

JDT lancar jersi baharu musim 2018

-

JOHOR BAHRU: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarka­n jersi baharu bagi musim Liga Malaysia (Liga-M) 2018 di Dataran Bandaraya, di sini, malam Sabtu.

Pelancaran jersi baharu tersebut disempurna­kan oleh Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan disambut meriah dengan kehadiran ramai penyokong kelab berkenaan walaupun cuaca ketika itu hujan renyai.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodrigues berkata pihaknya amat berbesar hati menjadi rakan kongsi kepada sebuah kelab yang memiliki rekod terbaik di Malaysia.

“Jersi baharu musim ini agak istimewa kerana didatangka­n dengan tiga warna iaitu merah bagi perlawanan di tempat lawan, biru bagi tuan rumah dan jersi alternatif berwarna biru cair,” katanya dalam kenyataan di sini.

Antara yang turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim.

Jersi baharu berkenaan akan digunakan oleh JDT pada saingan Liga Super, Johor Darul Ta’zim II yang beraksi di Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim III bagi saingan Piala Presiden dan Johor Darul Ta’zim IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.

Penyokong boleh mendapatka­n jersi baharu itu yang dijual di seluruh daerah dengan harga RM215 sehelai bagi jersi tuan rumah dan perlawanan di tempat lawan manakala jersi alternatif berharga RM179. -Bernama

 ??  ?? EMPAT pemilik terawal jersi baharu Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Musim 2018 Hasanuddin Harun (kiri), 54, Remy (dua, kiri), 33, Mohd Fazli (dua, kanan), 35, dan Haizan Hasanuddin (kanan), 20, ketika Majlis Pelancaran Jersi JDT Musim 2018 di...
EMPAT pemilik terawal jersi baharu Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Musim 2018 Hasanuddin Harun (kiri), 54, Remy (dua, kiri), 33, Mohd Fazli (dua, kanan), 35, dan Haizan Hasanuddin (kanan), 20, ketika Majlis Pelancaran Jersi JDT Musim 2018 di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia