Utusan Borneo (Sabah)

Liga Premier 2018 bermula

Sabah lawan Terengganu FC II 2 Feb di Stadium Likas

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

Selepas ada senarai pemain, kami baru ada dua perlawanan persahabat­an dengan pasukan tempatan di Keningau. Ia tidak memadai. Pasukan perlukan perlawanan dengan pasukan yang lebih baik supaya pasukan benar-benar teruji. JELIUS ATING Ketua Jurulatih Sabah

KOTA KINABALU: Sabah akan memulakan cabaran pusingan pertama Liga Premier musim ini sebagai tuan rumah menentang Terengganu FC II di Stadium Likas pada 2 Februari depan.

Turut bersaing dalam saingan yang juga dianggap divisyen dua membabitka­n 12 pasukan itu adalah UiTM FC, Pulau Pinang, Felcra FC, PDRM, MISC-MIFA, JDT II, UKM FC, Felda United FC, Sarawak dan Kuantan FA.

Selepas menjadi tuan rumah, Sabah akan berkunjung ke tempat lawan menentang Felcra FC pada 6 Februari dan kembali menjadi tuan rumah menanti kunjungan PDRM pada 9 Februari sebelum mengakhiri empat perlawanan bulan Februari menentang Sarawak di tempat lawan pada 24 haribulan.

Hanya dua perlawanan pada Mac di mana Sabah menentang MISC-MIFA di tempat lawan pada 12 haribulan dan UiTM FC (tempat sendiri - 30 Mac) dan tiga perlawanan pada April iaitu menentang UKM FC (tempat lawan - 3 April), Felda United FC (tempat sendiri - 14 April) dan Pulau Pinang (tempat lawan - 28 April).

Dua perlawanan terakhir Sabah pusingan pertama berlangsun­g pada Mei iaitu menentang JDT II (tempat sendiri - 1 Mai) dan Kuantan FA (tempat lawan - 5 Mei).

Pusingan kedua juga akan bermula pada Mei di mana Sabah akan betandang ke tempat lawan menentang JDT II pada 11 haribulan.

Sabah di bawah kendalian Jelius Ating telah menyenarai­kan 29 pemain meninggalk­an baki satu tempat untuk kuota pemain import luar negara.

Pemain itu terdiri dari 23 pemain tempatan Sabah iaitu Robson Rendy Rining, Mohd Sakri Masri, Rawilson Batuil, Dendy Lowa, Jenius Karib, Ummareng Bachok, Randy Baruh, Mohd Azzizan Nordin, Leopold Alfonso Otong, Ricco Nigel Milus, Maxsius Musa, Sabri Sahar, Mohd Azwan Abd Fattah, Alto Linus, Rahman Shah Marajeh, Hamran Peter, Stanley Sulong, Evan Wensley, Mohd Aidil Safee, Melky Balang, Justin Samaan, Mazlan Yahya dan Mafry Balang.

Sabah hanya senaraikan tiga pemain import tempatan iaitu Rozaimi Rohim, Elyas Sulaiman (Pulau Pinang) dan Darwira Sazan (Pulau Pinang).

Tiga pemain import luar negara musim lalu juga kekal dalam senarai iaitu Igor Cerina (Croatia), Heo Jaenyong (Korea Selatan) dan Lee Gil Hoon (Korea Selatan).

Mengenai persiapan Sabah, Jelius berkata beliau risau dengan kurangnya perlawanan pemanas badan berkualiti ekoran beberapa perancanga­n mengadakan perlawanan persahabat­an di luar belum ada terlaksana.

“Selepas ada senarai pemain, kami baru ada dua perlawanan persahabat­an dengan pasukan tempatan di Keningau. Ia tidak memadai. Pasukan perlukan perlawanan dengan pasukan yang lebih baik supaya pasukan benar-benar teruji.

“Masa semakin suntuk. Saya harap akan ada perlawanan pemanas badan dengan pasukan yang baik sama ada di luar atau di sini sebelum saingan sebenar bermula. Kalau tidak ada perlawanan pemanas badan berkualiti, saya risau dengan `match fitness’ pemain,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia