Utusan Borneo (Sabah)

KOMITED KERJA BERPASUKAN

Musa hargai sokongan penjawat awam negeri dan Persekutua­n

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menghargai sokongan dan kerja keras penjawat awam negeri dan Persekutua­n di Sabah atas kemajuan yang dikecapi negeri sehingga hari ini.

Katanya, kemajuan dari segi ekonomi, sosial dan fizikal tercapai hasil komitmen penjawat awam untuk bekerja secara berpasukan dalam merealisas­ikan hasrat kerajaan negeri.

“Episod kejayaan kita selama ini bukanlah pencapaian dan kejayaan saya secara individu sebagai Ketua Menteri atau Menteri Kewangan Sabah.

“Percayalah, kita telah dan sedang berada pada landasan yang betul dan kita berada pada platform yang terbaik untuk meneruskan kesinambun­gan kejayaan dan kemajuan ini.

“Penjawat awam di seluruh negeri, bukan sahaja di ibu pejabat, tetapi juga di peringkat daerah dan daerah kecil, adalah sahabat dan rakan sepasukan. Terima kasih kepada anda semua,” katanya pada Perhimpuna­n Perdana Ketua Menteri Sabah bersama anggota perkhidmat­an awam negeri dan Persekutua­n di sini, Isnin.

Musa berharap penjawat awam di negeri ini terus komited menjayakan semua perancanga­n secara cekap dan berkesan agar impak positif dan manfaatnya dapat dinikmati oleh kumpulan sasar dan rakyat keseluruha­nnya.

Untuk itu, beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa mengekalka­n hubungan erat dan kerjasama padu dengan kerajaan pusat bagi memastikan rakyat di Sabah mendapat manfaat daripada pelbagai program pembanguna­n.

“Walaupun banyak pembanguna­n telah dicapai, masih banyak lagi yang perlu kita laksanakan terutamany­a dari segi pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan awam untuk rakyat.

“Kita juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sentiasa mendengar suara kita dengan menyalurka­n peruntukan yang besar untuk pembanguna­n sosioekono­mi negeri,” katanya.

Musa berkata Sabah masih memerlukan peruntukan besar daripada kerajaan pusat untuk meningkatk­an lagi kemudahan awam seperti hospital dan klinik kerajaan, sekolah dan universiti, infrastruk­tur seperti jalan raya, air dan elektrik serta aset-aset keselamata­n untuk memperkuku­h lagi aspek pertahanan di negeri ini.

Lebih 2,000 penjawat awam negeri dan Persekutua­n menghadiri perhimpuna­n itu. - Bernama

 ?? Gambar JABATAN KETUA MENTERI ?? MUSA (enam dari kiri) bersama ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n di Auditorium Jabatan Ketua Menteri di Likas pada Isnin. Kira-kira 1,500 ketua jabatan perkhidmat­an awam serta pegawai kanan menghadiri perhimpuna­n itu. -
Gambar JABATAN KETUA MENTERI MUSA (enam dari kiri) bersama ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n di Auditorium Jabatan Ketua Menteri di Likas pada Isnin. Kira-kira 1,500 ketua jabatan perkhidmat­an awam serta pegawai kanan menghadiri perhimpuna­n itu. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia