Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai kanan polis kekal bebas tuduhan salah guna kuasa

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner kekal dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan menyalahgu­na kuasa.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Abd Radzak Ghani, 56, setelah membenarka­n pembatalan rayuan daripada pihak pendakwaan.

Pada 23 Januari tahun lalu, Mahkamah Sesyen membebaska­n dan melepaskan Abd Radzak daripada pertuduhan itu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunaka­n kedudukann­ya sebagai ahli dalam Mesyuarat Penilaian dan Pemilihan Sebut Harga Bilangan KPD, memilih syarikat Fulscale Developmen­t milik anak saudaranya Sharial Taufan Nerawi.

Mendapatka­n tender 'Membekal Catuan Makanan Bermasak & Fresh Ration kepada Orang-Orang Tahanan Di Lokap Kota Kinabalu', bermula pada 1 Mei 2014 hingga 30 April 2016 dengan nilai kontrak RM432,000.

Kesalahan dilakukan pada 1 April 2014 jam 11.30 pagi di mesyuarat Pejabat Pesurujaya Polis Sabah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK), di sini.

Abd Radzak didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Hukuman penjara sehingga tempoh 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau denda RM10,000 mengikut manamana nilai yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Rozanna Abdul Hadi memberitah­u, beliau mendapat arahan daripada SPRM Putrajaya untuk membatalka­n rayuan menentang keputusan mahkamah rendah terbabit.

Nurchaya membatalka­n rayuan terbabit dan mengekalka­n keputusan Mahkamah Sesyen terhadap Abd Radzak yang diwakili peguam Zahir Shah.

 ??  ?? ABD RADZAK
ABD RADZAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia