Utusan Borneo (Sabah)

Reman pelakon Farid Kamil dilanjut sehari bantu sisatan

-

PELAKON dan pengarah filem terkenal Datuk Farid Kamil Zahari disambung reman sehari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam, Khamis lepas.

Perintah reman itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairul Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon itu semalam selepas membenarka­n permohonan polis untuk menahan remannya mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Farid, 37, yang berkemeja denim biru, seluar lokap ungu dan berkaki ayam diiiringi anggota polis ke bilik reman pada 11.30 pagi untuk prosiding reman dan dibawa keluar satu jam kemudian.

Ketika dibawa ke bilik reman, bapa kepada dua anak itu sempat melemparka­n senyuman sambil melambaika­n tangannya ke arah warga media dan orang awam yang merakam gambarnya dan bersalaman dengan dua rakan artis iaitu pelakon, Azad Jazmin dan Azhan Rani yang turut hadir. Turut kelihatan adik Farid, Fadzil Bahari.

Selepas prosiding reman selesai, Farid ketika dibawa menaiki kenderaan polis sempat menjawab pertanyaan media mengenai keadaan dan kesihatann­ya dan menjawab: “Okay, syukur Alhamdulil­lah, saya bersyukur kepada Allah semua berlangsun­g dengan aman, terima kasih semua.” Jumaat lepas, Farid yang diwakili Peguam Athari Bahardin ditahan reman empat hari sehingga hari Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Dalam kejadian kira-kira 1.20 tengah hari Khamis lepas, pelakon itu dilaporkan datang ke sebuah balai polis untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya. Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan didakwa menampar muka anggota polis lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain didakwa mencederak­an polis berusia

24 tahun itu, Farid juga dipercayai berkelakua­n ganas dengan menendang dua orang awam di lokasi yang sama.

Terdahulu, Azad ketika ditemui Bernama, berkata beliau hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Farid.

“Saya datang sini memang nak tahu apa masalah kawan saya, saya kenal dia pun berbelas tahun, saya bermula buat episod Samarinda TV3 pun dengan Farid, jadi salah tetap salah kalau memang kesalahan dia... tapi di sebalik kesalahan ini, kita pun nak tahu ‘side’ Farid juga... sebagai kawan saya akan beri ‘support’lah,” katanya.

Azhan pula berkata kehadiran beliau diharap memberi semangat kepada Farid dan menun-jukkan masih ramai rakan yang prihatin terhadap dirinya.

“Saya datang untuk beri sokongan kepada Farid yang sama-sama dalam industri, pernah mengenali beliau semasa dia belajar di UiTM dulu sebagai pelajar drama dan teater. Memandangk­an hari ni saya ada masa, jadi saya nak dia (Farid) tahu yang dia masih punya sokongan. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? FARID Kamil Zahari disambung reman sehari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam, Khamis lepas.
FARID Kamil Zahari disambung reman sehari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam, Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia