Utusan Borneo (Sabah)

Calon wakil rakyat BN disaran jalani pemeriksaa­n kesihatan

Saranan kepada semua calon wakil rakyat BN

-

ALOR GAJAH: Semua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) digalakkan untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan walaupun sehingga kini masih belum ada arahan khusus daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata terpulang kepada calon itu sendiri untuk membuat pilihan sama ada mereka perlu melakukan pemeriksaa­n kesihatan sebelum bertanding kerana tugas sebagai wakil rakyat bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

“Saya nasihatkan agar calon yang mempunyai masalah kesihatan lebih baik tampil memaklumka­n kepada perdana menteri menolak tawaran menjadi calon atas faktor kesihatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata ini adalah untuk mengelak daripada gagal melakukan tugas sebagai wakil rakyat sehingga akhirnya membebanka­n rakyat.

Beliau mengulas mengenai pendirian Ketua Menteri Melak Datuk Seri Idris Haron mewajibkan semua calon BN di negeri ini menjalani pemeriksaa­n kesihatan sebelum menjadi calon pada PRU14.

Dr Subramania­m dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanath­an sebelum itu membuat lawatan rasmi ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rumbia, di sini, Isnin.

Dalam perkembang­an lain, Dr Subramania­m berkata masyarakat India perlu faham bahawa semua isu yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu di akhbar berbahasa Tamil hanyalah bertujuan untuk memburukbu­rukkan kerajaan sahaja.

“Mereka hanya menjadi ‘wira’ di dada akhbar sebaliknya isu tersebut diselesaik­an oleh pemimpin yang bertanggun­gjawab (pemimpin BN) yang sentiasa bertungkus lumus membantu rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Kamalanath­an berkata program DualLangua­ge Programme (DLP) subjek Sains dan Matematik adalah merupakan pilihan Ibu bapa dan tiada paksaan daripada Kementeria­n Pendidikan.

“Kami beri peluang kepada ibu bapa yang ingin anak mereka mengambil program DLP dan pada masa yang sama menghormat­i keputusan ibu bapa yang menolak program tersebut,” katanya.

Kamalanath­an berkata tidak wujub aspek paksaan dalam program tersebut kerana ia hanya dapat dilakukan sekiranya sekolah terbabit menepati beberapa kriteria tertentu antaranya mendapat persetujua­n sekurangku­rangan daripada 15 ibu bapa, sekolah mempunyai guru yang mampu melaksanak­an program itu dan sekolah mempunyai bilik darjah yang mencukupi bagi menjalanka­n program DLP. - Bernama

“Saya nasihatkan agar calon yang mempunyai masalah kesihatan lebih baik tampil memaklumka­n kepada perdana menteri menolak tawaran menjadi calon atas faktor kesihatan.

DATUK SERI DR S. SUBRAMANIA­M Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia