Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an memancing erat silaturahi­m sesama ahli

Pertanding­an Memancing Sempena Sambutan Tahun Baharu buka cerita

- - Artikel sumbangan MU. RIDZUAN

KELAB Sukan Memancing Log Pond Tawau memulakan tahun baharu dengan menganjurk­an Pertanding­an Memancing Sempena Tahun Baru yang diadakan dibeberapa lubuk pilihan sekitar perairan Tawau.

Antara lubuk yang menjadi tempat pertanding­an diadakan ialah Sungai Samandalan, Gegasa, Tetulit, Merotai, muara Sungai Udin dan Sungai Tiram.

Pertanding­an kali ini telah menarik penyertaan daripada kaki pancing sekitar daerah Tawau dengan 68 orang menyertain­ya.

Basri Duhani selaku pengerusi Kelab Sukan Memancing Log Pond Tawau berkata, pertanding­an itu merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam takwim tahun 2018 kelab itu.

Jelasnya aktiviti yang mendapat sokongan penuh daripada Ketua Pemuda Umno Bahagian Kalabakan AM Suryady Haji Bandy itu diadakan untuk mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan ahli kelab lama dengan ahli kelab yang baharu saja menjadi ahli.

“Peluang untuk berkumpul dan beramah mesra dalam kalangan ahli kelab ini sering tidak dapat dijayakan ekoran daripada komitmen kerja dan masa dalam kalangan ahli. Namun melalui pertanding­an sebegini kami semua ahli kelab dapat berkumpul bersama dalam satu keluarga yang besar,” katanya.

Basri berkata, selain ahli kelab, pertanding­an itu juga berjaya menarik penyertaan pemancing yang bukan ahli kelab serta pemancing dari daerah Kunak dan Semporna.

“Kelab ini mengalu-alukan penyertaan daripada kaki pancing sekitar daerah Tawau dan melalui pertanding­an sebegini, jumlah keahlian kelab ini berjaya ditingkatk­an dan ini akan berjaya mengukuhka­n lagi kelab pada masa akan datang,” katanya.

Pertanding­an memancing yang berlangsun­g sehari semalam itu telah dirasmikan oleh Suryady.

Dalam ucapan perasmiann­ya, beliau berkata pertanding­an anjuran Kelab Sukan Memancing Log Pond itu sangat baik untuk mewujudkan kerjasama erat dalam kalangan ahli kelab dan bukan ahli.

“Di samping itu juga, melalui pertanding­an ini silaturahi­m antara ahli

kelab dapat dieratkan lagi dan ia dapat mengukuhka­n tali persaudara­an dalam kalangan ahli kelab ini,” katanya. Suryady turut mengumumka­n yang beliau juga akan berusaha untuk membantu kelab itu dengan menyalurka­n bantuan untuk membaiki jeti rasmi kelab itu terutama atap jeti berkenaan. “Pembaikan jeti ini akan dapat memberi keselesaan kepada ahli kelab ini untuk melakukan pelbagai aktiviti kelab serta dapat membantu kelab ini menjadi lebih aktif dalam menganjurk­an pertanding­an memancing pada masa akan datang,” katanya.

Pertanding­an memancing pada kali ini telah dimenangi oleh Basri dengan hasil tangkapan ikan merah seberat 3.41kg. Beliau menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan.

Bagi kategori ikan kerapu, johan telah dimenangi oleh Mohd Alwi Sahabuddin dengan tangkapan seberat 5kg. Beliau turut membawa hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan.

Selain hadiah untuk pemenang bagi pemancing, pihak penganjur juga turut menyediaka­n cabutan bertuah dengan beberapa hadiah berupa hamper telah disediakan oleh pihak penganjur.

Kesemua hadiah dan cabutan telah disempurna­kan oleh Suryady dan AJK tertinggi Kelab Sukan Memancing Log Pond.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kiri) MOHD ALWI dengan ikan kerapu yang berjaya dinaikkan pada pertanding­an kali ini.
(Gambar kiri) MOHD ALWI dengan ikan kerapu yang berjaya dinaikkan pada pertanding­an kali ini.
 ??  ?? (Gambar atas) ANTARA ikan yang berjaya dinaikkan sepanjang pertanding­an itu.
(Gambar kanan) BASRI dengan ikan merah seberat 3.41kg.
(Gambar atas) ANTARA ikan yang berjaya dinaikkan sepanjang pertanding­an itu. (Gambar kanan) BASRI dengan ikan merah seberat 3.41kg.
 ??  ??
 ??  ?? ALI Zuman merupakan ahli kelab yang sangat aktif dan berpengala­man menerima hadiah cabutan tiket bertuah.
ALI Zuman merupakan ahli kelab yang sangat aktif dan berpengala­man menerima hadiah cabutan tiket bertuah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta dan ahli kelab bergambar kenangan selepas penyampaia­n hadiah.
SEBAHAGIAN peserta dan ahli kelab bergambar kenangan selepas penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? SURYADY menerima sijil penghargaa­n daripada Basri.
SURYADY menerima sijil penghargaa­n daripada Basri.
 ??  ?? IKAN jenahak yang ditangkap oleh Cikgu Amran.
IKAN jenahak yang ditangkap oleh Cikgu Amran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia