Utusan Borneo (Sabah)

Siasatan SPRM ke atas KKLW tidak jejas pelaksanaa­n projek

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas penyelewen­gan berlaku dalam Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebelum ini, tidak menjejaska­n pelaksanaa­n projek serta imej kementeria­n.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan yang dilakukan itu adalah berkaitan kes lama dan KKLW sentiasa memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

"Bukan sahaja kepada projek lama tetapi juga sekiranya wujud penyelewen­gan dalam projek baharu... ada individu yang melanggar peraturan sedia ada, maka kita akan sentiasa terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan.

"Bagaimanap­un, tidak kira apa terjadi, projek yang dirancang akan diteruskan walaupun wujud isu berkaitan," katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri KKLW dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bil 1/2018, di sini pada Isnin.

Beliau turut memberikan jaminan bahawa siasatan dilakukan itu tidak menjejaska­n imej KKLW kerana kes itu hanya memberikan kesan kepada mereka yang terlibat sahaja.

"Orang ramai tahu dan faham siapa yang terlibat, kita juga masih tidak tahu mengenai keputusan kes itu kerana ia masih dalam siasatan SPRM.

"Projek yang dilakukan kini tidak ada kaitan dengan kes-kes yang berlaku. Saya juga tidak akan membiarkan perkara itu berulang.

"Untuk mengurangk­an isu yang berkaitan, kita ada dan tetapkan jawatankua­sa jawatankua­sa itu supaya meminimumk­an dari segi masalah yang pernah berlaku di kementeria­n terdahulu.

"Kalau boleh hapuskan terus lagi baik tetapi tak hapus terus pun, sekurang kurangnya kita dapat kawal dari segi penyelewan­gan atau sebagainya dalam kementeria­n," katanya.

Dalam isu berlainan, Ismail Sabri menjelaska­n kes beliau menyaman salah satu agensi akhbar tempatan masih dalam proses.

Katanya, perkara itu telah diserahkan kepada peguamnya untuk meneruskan tindakan lanjut.

"Segala tindakan lanjut akan dilakukan antara peguam saya dan juga penguam agensi akhbar berkenaan," katanya.

 ??  ?? ISMAIL (tengah) pada sidang media itu.
ISMAIL (tengah) pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia