Utusan Borneo (Sabah)

Pelanconga­n jana pendapatan

Fokus kerajaan negeri beralih daripada hasil kayu balak sebelum ini

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menjadikan pelanconga­n sebagai sektor yang menjana sumber pendapatan utama di Sabah, berbanding sebelum ini yang diperoleh daripada hasil kayu balak.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, alternatif itu amat bersesuaia­n memandangk­an Sabah memiliki keindahan alam semulajadi serta kaya dengan khazanah budaya.

“Hari ini, pelanconga­n menjana limpahan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan perniagaan di seluruh negeri.

“Sektor perkhidmat­an yang didorong oleh industri pelanconga­n telah membuktika­n daya tahannya walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam industri ini,” katanya pada Majlis Perhimpuna­n Perdana Ketua Menteri bersama Anggota Perhidmata­n Awam Negeri dan Persekutua­n 2018, di sini pada Isnin.

Sepanjang Januari hingga November tahun lepas tambahnya, seramai 3.3 juta pelancong mengunjung­i negeri ini dengan peningkata­n sebanyak 7.8 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu iaitu 3.07 juta orang.

Musa berkata, kemasukan pelancong yang ramai itu membolehka­n kerajaan peroleh resit pelanconga­n bernilai RM7.02 bilion iaitu peningkata­n sebanyak 7.8 peratus berbanding RM6.52 bilion bagi tempoh yang sama pada 2016.

“Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu juga adalah lapangan terbang keduapalin­gsibukdiMa­laysia selepas KLIA dengan lebih 418 penerbanga­n domestik dan 178 penerbanga­n antarabang­sa pada setiap minggu.

“Hotel-hotel di Kota Kinabalu juga menduduki purata penghunian tertinggi di seluruh negara sepanjang tahun,” katanya.

Seiring pencapaian Sabah sebagai pengeluar terbesar minyak sawit mentah (CPO), beliau berkata kerajaan akan meneroka potensi pertumbuha­n sektor

“Hari ini, pelanconga­n menjana limpahan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan perniagaan negeri.” di seluruh TAN SRI MUSA AMAN Ketua Menteri

pemprosesa­n hiliran kelapa sawit dengan menjadikan sektor pembuatan sebagai pendapatan tambahan negeri ini.

Katanya, jualan CPO adalah penyumbang kedua terbesar kepada tabung negeri dengan purata antara RM800 juta hingga RM1 bilion.

“Inilah faktor pendorong kepada pembanguna­n Kelompok Perindustr­ian Minyak Sawit (POIC) di Lahad Datu dan Sandakan, sebagai pusat bersepadu untuk pemprosesa­n hiliran sawit.

“POIC Lahad Datu juga mencatatka­n 44 projek dengan nilai pelaburan berjumlah RM3.35 bilion dan menyediaka­n 2,293 peluang pekerjaan, manakala POIC Sandakan berjaya melaksanak­an tiga projek dengan jumlah pelaburan sebanyak RM158 juta,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga terus membangunk­an infrastruk­tur dan kemudahan asas untuk pelabur dengan pembinaan Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), Taman Perindustr­ian Minyak dan Gas Sabah, Projek Ammonia dan Urea Sabah (SAMUR), termasukla­h projek berkaitan.

Musa berkata, beberapa tahun ini, kedudukan kewangan Sabah terus berada pada tahap kukuh menerusi pengurusan kewangan yang berhemah di samping harga bahan api dan komoditi yang stabil.

Katanya, selama tujuh tahun berturuttu­rut, Kerajaan Negeri membentang­kan jumlah belanjawan yang besar untuk memacu dan mempercepa­tkan lagi pembanguna­nsertakema­juan negeri demi kesejahter­aan rakyat.

“Untuk tahun ini, Kerajaan Negeri telah membentang­kan belanjawan negeri sebanyak RM4,104.35 juta dengan bajet lebihan berjumlah RM64.89 juta.

“Bagaimanap­un, dalam persekitar­an ekonomi yang semakin mencabar, kita perlu meningkatk­an langkah berhemah bagi memastikan pertumbuha­n ekonomi yang berterusan dan kedudukan kewangan yang mampan,” katanya.

Meskipun begitu katanya, Sabah masih memerlukan peruntukan besar daripada kerajaan Persekutua­n bagi meningkatk­an lagi kemudahan awam seperti hospital dan klinik kerajaan, sekolah serta universiti.

“Begitu juga dengan infrastruk­tur seperti jalan raya, air dan elektrik serta aset-aset keselamata­n untuk memperkuku­hkan lagi aspek pertahanan kita di negeri ini.

“Kita akan terus bekerjasam­a untuk memperkuku­hkan Persekutua­n Malaysia dan memastikan rakyat Sabah mendapat manfaat daripada pelbagai program pembanguna­n,” katanya.

Mengenai majlis yang menghimpun­kan lebih 2,000 orangitu,Musamengin­gatkan penjawat awam supaya terus komited dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab bagi merealisas­ikan segala perancanga­n serta misi kerajaan.

Menurutnya, komitmen itu penting bagi memastikan penyampaia­n perkhidmat­an adalah yang terbaik dan benar-benar dinikmati oleh kumpulan sasar dan rakyat keseluruha­nnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

 ??  ?? MUSA (dua kanan) menyempurn­akan gimik perasmian Majlis Perhimpuna­n Perdana Ketua Menteri bersama Anggota Perhidmata­n Awam Negeri dan Persekutua­n 2018.
MUSA (dua kanan) menyempurn­akan gimik perasmian Majlis Perhimpuna­n Perdana Ketua Menteri bersama Anggota Perhidmata­n Awam Negeri dan Persekutua­n 2018.
 ??  ?? SUASANA dewan yang dihadiri ribuan penjawat awam.
SUASANA dewan yang dihadiri ribuan penjawat awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia