Utusan Borneo (Sabah)

Jumat akan pertahanka­n kerusi Parlimen Sepanggar

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke14(PRU-14).

Beliau akan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU lepas.

“Jangan biarkan kita berpecah belah kerana ini akan merugikan kita kelak, teruskan memberi sokongan tidak berbelah bahagi dengan B N kerana andas e mualah yang membantu merealisas­ikan perkara ini.

“Kita juga harus berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak pernah lupa kepada rakyat di Sepanggar,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Program ‘Jumat Singgah Kampung’ di Kampung Maruah/Sumagid Telipok, pada Ahad.

Beliau berkata, keprihatin­an Perdana Menteri dapat dilihat apabila sejumlah RM6 juta peruntukan telah disalurkan bagi menjayakan program rumah ke rumah selain memastikan kemudahan asas di kampungkam­pung Sepanggar dapat diselengga­ra.

Terdahulu dalam ucapannya, Jumat menjelaska­n program itu telah berjalan selepas beliau menjadi Ahli Parlimen Sepanggar.

“Sepanggar mendapat mandat daripada rakyat dan saya mempunyai kewajipan serta tanggungja­wab untuk melawat kampung-kampung bagi mendengar sendiri keluhan daripada masyarakat di akar umbi agar dapat disampaika­n semasa dewan rakyat bersidang.

“Penduduk kampung perlu sentiasa bertoleran­si dalam pelbagai hal kerana dengan sikap inilah akan membawa kepada perpaduan,” katanya.

Jumat berkata, semua penduduk kampung harus bersyukur kerana mampu hidup dalam keadaan aman dan harmoni selama ini. Kestabilan ini adalah bukti perpaduan yang diamalkan menjadi teras kepada pegangan semua rakyat.

Katanya, keadaan itu perlu dikekalkan dan jangan sesekali merosakkan suasana yang harmoni.

“Komitmen daripada semua lapisan masyarakat diperlukan bagi mengekalka­n perpaduan yang ada.

“Semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasam­a bagi mengekalka­n semangat toleransi yang menjadi kunci kepada perpaduan kita,” katanya.

Di majlis itu, Jumat turut melancarka­n penubuhan Kelab Sukod Laid Kg Maruah/Sumagid selain menyampaik­an baju rasmi Kelab Tarik Tali Telipok. Sementara itu, lebih kurang 100 penduduk kampung terdiri daripada golongan muda dan veteran hadir memeriahka­n suasana majlis.

 ??  ?? JUMAT (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada Pengerusi Kelab Tarik Tali Telipok Yomboi Empang.
JUMAT (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada Pengerusi Kelab Tarik Tali Telipok Yomboi Empang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia