Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin, ahli PBS perlu fokus perjuangan parti

-

KUNDASANG: Ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dinasihatk­an supaya bijak dan fokus dalam memastikan perjuangan dan objektif parti dipenuhi.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menekankan, perjuangan tidak akan hanya menguatkan jentera parti tetapi juga mempersiap­kan para ahli untuk menghadapi cabaran, terutamany­a dengan pilihan raya yang semakin dekat.

“Kita perlu mengambil langkah bijak untuk menguatkan jentera pilihan raya kita dan bersedia terhadap apa sahaja yang akan berlaku.

“PBS telah melalui kenangan manis sejak dibentuk tiga dekad yang lalu, tetapi saya bangga bahawa kita terus fokus dalam perjuangan kita, dan mempertaha­nkan hakhak Sabah serta rakyat negeri ini yang sentiasa menjadi keutamaan kita,” katanya.

Berucap melancarka­n bengkel persiapan pilihan raya parti tiga hari itu di sini, beliau juga berkata ia adalah penting untuk mengekalka­n hubungan sedia ada dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain untuk memastikan kemenangan besar bagi gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, walaupun PBS telah meletakkan asas yang kuat sejak beberapa tahun ini, tidak ada ruang bagi ahli dan pemimpin untuk berpuas hati, sebaliknya meneruskan kerja keras dan memastikan rakyat terutamany­a generasi muda memahami perjuangan serta misi parti.

“Pemimpin dan ahli PBS tidak boleh mengabaika­n (perjuangan parti). Kita mesti mengukuhka­n perpaduan kita untuk mengatasi cabaran, termasuk pengaruh daripada pihak lain yang cuba menyimpang dan meninggalk­an gabungan ini.

“Kita mesti bertanya kepada diri sendiri sama ada kita bersedia menghadapi cabaran yang akan datang. Adakah kita bersedia? Saya percaya kita telah bersedia kerana kita tidak pernah berhenti daripada perjuangan kita demi kebaikan negeri dan rakyat,” katanya.

Pairin menegaskan PBS perlu bekerja keras untuk mempertaha­nkan 18 kerusi, termasuk lima kerusi parlimen dan menawan semula kerusi yang hilang.

“Saya seorang peminat Liverpool. Ya, pasukan ini kalah beberapa perlawanan, tapi saya menerima kenyataan bahawa mereka bermain dan berjuang dengan keras.

“Motto Liverpool `you never walk alone’ (anda tidak akan berjalan bersendiri­an) mempunyai maksud mendalam iaitu kita tidak boleh berjalan sendiri. Kita perlu bekerjasam­a sebagai satu pasukan. PBS masih relevan kerana perjuangan kita adalah tulen dan ikhlas. Ini adalah warisan yang kita tinggalkan kepada generasi muda dan berharap mereka akan meneruskan kerja ini.

“Ketika saya masih muda, saya juga takut dengan bayangan sendiri. Saya tidak pandai bercakap dengan orang ramai, tiada siapa yang melatih saya untuk berani tetapi entah bagaimana saya mengatasi ketakutan saya. Hari ini, saya berdiri di sini sebagai orang yang berani dan kuat kerana saya tahu saya mempunyai sokongan semua orang,” katanya.

 ??  ?? PAIRIN (tengah) mengetuai pemimpin dan ahli PBS melaungkan slogan ‘Bersatu’.
PAIRIN (tengah) mengetuai pemimpin dan ahli PBS melaungkan slogan ‘Bersatu’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia