Utusan Borneo (Sabah)

MCPF Sandakan komited laksana program pencegahan jenayah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Jawatankua­sa Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sandakan komited melaksanak­an lebih banyak program pencegahan jenayah di sekitar Sandakan pada tahun ini.

Pengerusi MCPF Sandakan Dr KH Tan berkata, jawatankua­sa itu akan memberi tumpuan untuk menjalin kerjasama dengan kelab-kelab pencegahan jenayah di peringkat sekolah selain bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan untuk mengadakan ceramah pencegahan jenayah di institusi pengajian tinggi di Sandakan seperti Universiti Malaysia Sabah, Politeknik, Kolej Komuniti dan Maktab Rendah Sains Mara.

“Selain itu, M C P F Sandak a n juga akan berkolabor­asi dengan pihak berkepenti­ngan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sandakan dan PDRM untuk melaksanak­an program berkaitan seperti program kesedaran dan pencegahan jenayah dan dadah dalam kalangan komuniti,” katanya.

Beliau yang juga Naib Pengerusi MCPF Sabah berkata demikian kepada media dalam Majlis Penyerahan Sijil Jawatankua­sa Perhubunga­n MCPF Sandakan kepada tujuh individu di sini pada Ahad.

Barisan jawatankua­sa MCPF terkini terdiri daripada Penasihat Tan Sri Andrew Liew; Pengerusi MCPF Sabah ACP Mohd Azhar Hamin; Pengerusi MCPF Sandakan dan Naib Pengerusi MCPF Sabah Dr Kh Tan; Naib Pengerusi ASP Radin Hazlen Radin Hazen dan Sh Mahada Sh Attar; Setiausaha Dr Paul Chan Hong Kit; dan Bendahari Tony Liew Ja Hou.

Manakala, ahli jawatankua­sa terdiri daripada Aisyah Abd Karim, Profesor Dr Shaafie Saleh, Tajul Ariffin Mhd Arif, Mohd Rizalmi Dahaman, Abd Rauf Lang Pasih, Grace Chan, Suriyati Nakib, Ahmat Yusoff, Dr Lum dan Helmi Acher.

 ??  ?? TAN bersama penerima sijil Jawatankua­sa Perhubunga­n MCPF Sandakan.
TAN bersama penerima sijil Jawatankua­sa Perhubunga­n MCPF Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia