Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda BN Labuan anjur Kopi-Kopi Anak Muda

-

LABUAN: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Labuan telah menganjurk­an Program Kopi-Kopi Anak Muda Bersama Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli di Dewan Homestay Kampung Patau Patau 2, malam Ahad.

Ketua Pemuda B N Bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata program yang Pemuda BN laksanakan itu adalah untuk memberi peluang kepada anak muda mendekati dan mengenali pemimpin nombor satu Labuan secara dekat.

Katanya, Program Siri Ke-1 itu hanya meliputi Zon 1 Pemuda Bersatu yang meliputi tujuh kampung di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Turut hadir, Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Khalid Abd Ghani, Ketua Wanita Umno Bahagian Datuk Hajah Aini Haji Safar dan Naib Ketua Pemuda yang juga Pengerusi Penganjur Kopi Kopi Murshidi Juanah serta Naib Ketua Puteri Noridawati Abd Ghani.

Mohd Rafi yang juga Ketua Pemuda Umno Labuan berharap menerusi program itu, anak muda dapat memberikan pendapat dan cadangan kepada Rozman mengenai kehendak golongan itu terutama Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan pembanguna­n Labuan secara amnya.

“Inilah ruang dan peluang kepada generasi muda untuk memberikan cadangan dan pendapat mengenai hala tuju Labuan pada masa akan datang kepada Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli,” katanya.

Beliau berkata kepimpinan BN dan Umno Bahagian Labuan akan terus membela dan menjaga kepentinga­n anak muda di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia