Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa edar ganja cuba larikan diri

-

KOTA KINABALU: Mohd Izzan Azhar Abdul, 21, yang didakwa mengedar ganja seberat 6,626 gram, cuba melarikan diri ketika bagasinya diperiksa penguatkua­sa kastam.

Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun berkata demikian ketika membacakan hujah pembukaan di hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad.

Menurutnya, pada 4 September 2016 jam 7.40 malam, di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), tertuduh ditahan pihak polis kerana kelihatan mencurigak­an.

“Tertuduh membawa sebuah bagasi dibaluti plastik. Ketika mereka mengiringi tertuduh ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) LTAKK, tibatiba tertuduh melarikan diri meninggalk­an bagasi berkenaan.

“Tertuduh yang kelihatan di tingkat 2 bahagian kaunter Imigresen, dibawa kembali ke pejabat JSJN LTAKK,” katanya.

Mohd Izzan diminta membawa bagasi berkenaan untuk dilakukan imbasan, penguatkua­sa kastam yang bertugas menyatakan terdapat paket yang mencurigak­an.

Sekali lagi, tertuduh cuba melarikan diri melalui pintu keluar dan muncul dekat kawasan parkir bas hadapan sebuah restoran makanan segera KFC.

Setelah tertuduh berjaya ditangkap, tertuduh dibawa ke pejabat JSJN LTAKK dan diserahkan kepada ASP Syed Asrul.

Tertuduh memberitah­u, seseorang mengupahny­a membawa bagasi berkenaan dan sedang menunggu di balai ketibaan.

Bagaimanap­un, setelah pihak polis menjalanka­n pemantauan tiada sesiapa yang berkelakuk­an mencurigak­an di tempat terbabit.

Pemeriksaa­n dilakukan dan didapati terdapat tujuh paket di dalam bagasi terbabit, selain mengandung­i pakaian dan pas kerja atas nama tertuduh.

Barang bukti dan tertuduh diserahkan kepada pegawai penyiasat Mohd Zamri pada 5 September 2016, hasil laporan analisis kimia yang diperolehi menunjukka­n ganja seberat 6,626 gram.

Tertuduh didakwa mengedar ganja berkenaan pada 4 September tahun lalu jam 8 malam, di JSJN, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang diwakili peguam Zahir Shah terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia