Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri terima RM927.64 juta daripada KKLW

- -Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerima peruntukan sebanyak RM927.64 juta daripada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan yang disalurkan itu adalah untuk pelaksanaa­n projek pembanguna­n Sabah 2018.

Peruntukan berkenaan katanya, juga akan menumpukan kepada pembanguna­n luar bandar.

“Sabah menerima sebanyak 23.98 peratus daripada RM3.87 bilion yang diperuntuk­kan kepada KKLW daripada Kerajaan Pusat.

“Daripada RM665.1 juta yang diperuntuk­kan, sebanyak RM220 juta disalurkan untuk projek bekalan elektrik luar bandar.

“Bagi projek bekalan air luar bandar, sebanyak RM160 juta disalurkan daripada RM420 juta peruntukan dan RM253.5 juta daripada RM785.7 juta untuk projek jalan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan Menteri, Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB), di sini pada Isnin.

Ismail Sabri berkata dua lagi projek luar bandar yang menerima peruntukan berkenaan adalah projek jalan kampung dan ameniti sosial (PAMS).

“Bagi projek jalan kampung, sebanyak RM38 juta salurkan daripada RM145 juta peruntukan manakala RM6.5 juta lagi untuk PAMS daripada RM45 juta yang diperuntuk­kan,” katanya.

Namun jelasnya, peruntukan besar yang diberikan kepada kerajaan negeri tiada maknanya jika projek-projek berkenaan tidak dapat disempurna­kan.

Sementara itu, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berharap hubungan erat antara kerajaan Pusat dan negeri akan menjayakan pelbagai pembanguna­n dengan lebih teratur berbanding sebelumnya.

“Sebelum ini, kita tidak pernah mengadakan perjumpaan dan berunding untuk mengetahui projek-projek yang diberikan oleh kerajaan Pusat melalui KKLW.

“Melalui mesyuarat ini, KKLW dapat menjalanka­n perundinga­n dengan kerajaan negeri berkenaan pembanguna­n yang harus dilakukan dan dilaksanak­an untuk Sabah khususnya di luar bandar,” jelasnya.

 ??  ?? MUSA (tengah) dan Ismail (dua kiri) pada sidang media berkenaan.
MUSA (tengah) dan Ismail (dua kiri) pada sidang media berkenaan.
 ??  ?? MUSA (empat kanan) dan Ismail (empat kiri) merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat berkenaan.
MUSA (empat kanan) dan Ismail (empat kiri) merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia