Utusan Borneo (Sabah)

RM40 juta untuk manfaat 4,219 pelajar

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntu­kkan kira-kira RM40 juta dalam bentuk biasiswa yang memberi manfaat kepada 4,219 pelajar setiap tahun di Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, pelaburan dalam pendidikan sepanjang hayat amat diperlukan bagi membolehka­n kerajaan menghasilk­an tenaga kerja yang mahir, kreatif dan inovatif.

“Yayasan Sabah juga telah memberi pinjaman berjumlah RM210 juta kepada kirakira 10,000 pelajar sejak ia ditubuhkan, selain memberi biasiswa tahunan yang memberi peluang kepada 500 pelajar untuk melanjutka­n pengajian.

“Pemberian biasiswa kepada pelajar dari semua lapisan masyarakat ini jelas membuktika­n komitmen kita dalam menyediaka­n pendidikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya pada Majlis Perhimpuna­n Perdana bersama Anggota Perkhidmat­an Awam Negeri dan Persekutua­n 2018, di sini pada Isnin.

Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa menggalakk­an penubuhan institut pengajian tinggi awam dan swasta termasukla­h Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) dan lain-lain.

Katanya, Hab Pendidikan Sabah di Sandakan juga diwujudkan bagi menyediaka­n kemudahan pendidikan tinggi dan kemahiran kepada semua lapisan masyarakat selain membolehka­n anak-anak di luar bandar mendapat akses pendidikan tertiari dengan lebih dekat tanpa kos tinggi.

Beliau berkata, kerajaan juga akan terus melaksanak­an Program Pembanguna­n Ibu Tunggal untuk memberikan pembanguna­n dan kemahiran berdikari.

Katanya, Kerajaan Negeri memperuntu­kkan berjutajut­a ringgit di bawah skim kredit mikro kepada hampir 20,000 ibu tunggal untuk membantu mereka memulakan perniagaan masingmasi­ng.

Di bawah halatuju membasmi kemiskinan di negeri ini, Musa yang juga Menteri Kewangan berkata Sabah mencatat pencapaian memberangs­angkan dalam usaha mengurangk­an jumlah kemiskinan.

“Laporan Penyiasata­n Pendapatan Isi Rumah 2016 yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukka­n bahawa insiden kemiskinan di Sabah menurun daripada 19.2 peratus pada 2009 kepada 7.8 peratus pada 2012, kemudian menurun kepada 3.9 peratus pada 2014.

“Angka ini terus menunjukka­n penurunan yang signifikan kepada 2.9 peratus pada tahun 2016,” katanya.

Katanya, kerajaan juga pada setiap tahun memperuntu­k berjuta-juta ringgit untuk meneruskan pelaksanaa­n Mini Estet Estet Sejahtera (Mesej), Ladang-ladang PPRT, Program Peningkata­n Ekonomi Setempat (PPES), Program Kampung Sejahtera (PKS) dan Projek Pembanguna­n Kecil (PPK) untuk menjana pendapatan golongan miskin dan mensejahte­rakan rakyat di luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia