Utusan Borneo (Sabah)

Kadar miskin Sabah menurun

Hasil pelaksanaa­n pelbagai program transforma­si kerajaan

- Oleh ALFRED PETRUS

Saya percaya kadar kemiskinan itu boleh diturunkan sehingga ke paras kurang dari 1 peratus menjelang berakhirny­a Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Program transforma­si yang diperkenal­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktika­n lebih ramai isi rumah di Sabah keluar dari belenggu kemiskinan.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata sejak 2009, Sabah mencatatka­n penurunan kadar kemiskinan paling ketara.

“Pada 2009, kadar kemiskinan Sabah mencatatka­n sebanyak 19.7 peratus. Peratusan ini mencatatka­n penurunan yang amat ketara sehingga ke paras 2.9 peratus pada 2016.

“Saya percaya kadar kemiskinan itu boleh diturunkan sehingga ke paras kurang dari 1 peratus menjelang berakhirny­a Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan Menteri, Exco-Exco Luar Bandar (Mexclub), di sini pada Ahad.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Katanya usaha mentransfo­rmasikan luar bandar di Sabah adalah selaras dengan Halatuju Pembanguna­n dan Kemajuan Negeri Sabah yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Musa percaya mesyuarat berkenaan dapat mengupas isu-isu serta cadangan dalam menangani isu-isu pembanguna­n luar bandar di seluruh negara amnya dan Sabah khususnya.

“Usaha berterusan untuk mentransfo­rmasikan Sabah juga dimuatkan dalam pelan tindakan pada pelan strategik pembanguna­n jangka panjang Sabah (Sabah.LEAP 20162035).

“Antara perkara utama yang digariskan melalui Sabah. LEAP adalah sifar insiden kemiskinan menjelang tahun 2035, sementara kemudahan bekalan air bersih dan bekalan tenaga elektrik di luar bandar Sabah mencapai kadar 100 peratus.

“Bagaimanap­un, semua ini hanya akan tercapai melalui hubungan rapat dan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutua­n,” katanya.

Sementara itu, beliau juga yakin KKLW akan mempergiat­kan lagi pelaksanaa­n projek-projek kecil di bawah program Jalan Perhubunga­n Desa (JLD) di semua pelosok perkampung­an seluruh negeri.

Katanya Kerajaan Negeri melalui Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dalam usaha membangunk­an projek-projek pembasmian kemiskinan di bawah Program Mini Estet Sejahtera (Mesej) di kebanyakan daerah di Sabah.

Kesemua program itu jelasnya, sangat signifikan ke arah peningkata­n kualiti hidup dan kehidupan sejahtera masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan.

“Setakat ini, sebanyak 52 Mesej Pertanian, Akuakultur dan Mikro yang telah siap serta sedang dilaksanak­an di seluruh negeri.

“Apabila siap sepenuhnya projek-projek Mesej ini akan dapat menempatka­n kirakira 2,500 ketua isi rumah miskin tegar seluruh negeri,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 ??  ?? ISMAIL (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Pairin (kiri).
ISMAIL (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Pairin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia