Utusan Borneo (Sabah)

Dua pendaki mengadu sesat ketika menuruni Puncak Pancang

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis mengesahka­n duapendaki­yangdisela­matkan di Bukit Batu Tinagat, Hutan Simpan Tinagat, Jalan Kau Sing dekat Batu 6 Jalan Apas di sini pada Ahad, membuat panggilan kecemasan dan mengadu sesat semasa menuruni Puncak Pancang.

Sebaik panggilan itu diterima pada jam 11.25 pagi, operasi mencari dan menyelamat(SAR)digerakkan bersama 15 anggota polis serta enam anggota bomba dan penyelamat.

Mangsa terbabit dikenali sebagai Mohd Hasrul Huswali, 22, dan Mohammad Amirul Mohd, 17, dengan keduaduany­a tinggal di Flat PPR Sri Apas, Batu 8 Jalan Apas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata hasil temuramah dengan mangsa, mereka dipercayai ditinggalk­an oleh lima rakan yang lain semasa menuruni Puncak Pancang.

“Salah seorang mangsa (Hasrul) terpaksa mendaki semula ke Puncak Pancang untuk meminta pertolonga­n dengan menghubung­i talian kecemasan MERS 999,” katanya.

Beliau berkata, keduadua mangsa keletihan akibat kekurangan makanan dan minuman semasa ditemukan sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Menurutnya, pemeriksaa­n kesihatan yang dijalankan terhadap Hasrul dan Amirul kemudianny­a mendapati kedua-dua mereka dalam keadaan sihat dan dibenarkan pulang.

“Mengikut kronologi kes, kedua-dua mangsa berjalan kaki dari Flat PPR Sri Apas bersama lima lagi rakan mereka untuk mendaki Puncak Pancang pada jam 6 pagi.

“Mereka bertujuh tiba di Puncak Pancang pada jam 8 pagi sebelum bersama-sama menuruni puncak itu pada jam 11 pagi (berada di puncak selama tiga jam),” katanya.

Bagaimanap­un, kedua-dua mangsa terpisah dengan lima rakan mereka selepas kira-kira 20 minit perjalanan menuruni puncak menyebabka­n Hasrul menghubung­i MERS 999.

Fadil berkata mereka berjaya ditemui pada jam 1.20 petang dan selamat tiba di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) 40 minit kemudian, sebelum Ops SAR ditamatkan pada 2.10 petang.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital menaiki ambulans untuk pemeriksaa­n kesihatan pada jam 2.20 petang sebelum polis menghantar mereka pulang ke rumah,” katanya.

Untuk rekod, Puncak Pancang yang digelar Bukit Panchang oleh sebilangan pendaki ini sebenarnya diwartakan sebagai Bukit Batu Tinagat serta menempatka­n Stesen Trigonomet­ri Tawau yang dikawal Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia