Utusan Borneo (Sabah)

Najib kongsi kenangan zaman darurat

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbau kembali kenangan mencuit hati bersama anggota polis ketika menjadi Menteri Besar Pahang.

Berucap pada satu majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di sini, Isnin, Perdana Menteri berkata pasukan keselamata­n ketika itu sedang memburu pengganas komunis, Chong Chor, di kawasan sekitar Bentong, Pahang.

Katanya, pihak polis menasihatk­an supaya keretanya mempunyai tiga nombor pendaftara­n bagi tujuan keselamata­n dalam mengaburi pihak musuh.

“Satu hari ketika saya ada seminar di Kuala Lumpur, saya ditanya anggota polis sama ada kereta yang dinaiki milik saya.

“Saya tanya kenapa? Sebab nombor (pendaftara­n) depan lain, belakang lain. Pemandu saya tersilap letak nombor depan CU11, belakang CX3879.

“Saya nak pujilah, anggota polis berkenaan begitu tajam matanya. Dia suruh buka bonet, banyak lagi nombor plat di dalamnya,” katanya sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin yang hadir.

Najib menjadi menteri besar termuda ketika berusia 29 tahun bermula pada 4 Mei 1982 hingga 10 Ogos 1986.

Beliau berkata walaupun pengalaman berkenaan agak lucu, namun memuji komitmen anggota polis dan tentera dalam menjaga keselamata­n negara.

Katanya, Malaysia tidak akan mencapai kejayaan seperti yang dikecapi pada hari ini tanpa pengorbana­n anggota keselamata­n. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia