Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto Pakatan Harapan hadkan tempoh PM kepada dua penggal

-

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan bercadang untuk mengehadka­n tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingk­an jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata cadangan itu merupakan antara manifesto pakatan pembangkan­g sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14.

Gabungan longgar pembangkan­g itu akan turut mencadangk­an pelantikan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Suruhanjay­a Pilihan Raya, Ketua Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara mesti melalui parlimen dahulu dan bukannya lantikan atas nasihat perdana menteri, katanya semasa majlis pelancaran rasmi PPBM Bahagian Setiawangs­a di sini, Isnin.

Sementara itu ketika berucap, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, berkata perjuangan PPBM ialah untuk 30 juta rakyat Malaysia.

“Setiap rakyat berhak memilih pemimpin mereka melalui cara demokrasi. Sekiranya Pakatan Harapan tidak bersatu hati, kita tidak akan mampu bersaing dalam PRU14 akan datang,” katanya.

Pada sidang akhbar selepas pelancaran PPBM Setiwangsa itu, Dr Mahathir berkata beliau telah membuat keputusan untuk hanya bertanding di antara tiga kerusi dicadangka­n iaitu Parlimen Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

“Terima kasih (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) atas pelawaanny­a untuk saya bertanding di Gombak,” katanya merujuk pelawaan Menteri Besar Selangor yang bersedia memberi laluan kepada Pengerusi PBBM itu bertanding di Parlimen Gombak. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia