Utusan Borneo (Sabah)

Perlindung­an bagi pemegang sijil takaful dan polisi insurans

-

PENGENDALI Takaful dan syarikat insurans kini semakin inovatif dengan menawarkan pelbagai pakej untuk disesuaika­n dengan segmen masyarakat yang berbeza berdasarka­n kepada keperluan dan pendapatan. Tujuan mereka adalah sama: menyediaka­n perlindung­an sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Tetapi bagaimana jika sesuatu yang tidak dijangka menimpa penyedia takaful atau insurans anda? Jangan khuatir. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) menyediaka­n perlindung­an automatik kepada pemilik polisi insurans dan sijil takaful di bawah Sistem Perlindung­an Manfaat Takaful dan Insurans untuk manfaat yang layak sehingga RM500,000 atau lebih sekiranya ahli penginsura­ns PIDM muflis. Ahli penginsura­ns PIDM terdiri daripada syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmat­an Kewangan (FSA) 2013 dan pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam (IFSA) 2013. Untuk layak mendapat perlindung­an, sijil takaful atau polisi insurans mesti dikeluarka­n di Malaysia oleh ahli penginsura­ns dan didenomina­si dalam Ringgit Malaysia. Jadual 1 di bawah menunjukka­n contoh manfaat takaful atau insurans yang dilindungi PIDM. Tuntutan pihak ketiga yang layak, dividen tunai, anuiti/pendapatan persaraan, pendapatan hilang upaya dan bayaran balik sumbangan/premium prabayar juga dilindungi. Manfaat yang dilindungi di bawah sijil atau polisi seseorang individu, dan sijil atau polisi kumpulan dikira secara berasingan dalam mencapai had maksimum, dengan itu menambah nilai manfaat bagi pemilik sijil dan polisi. Selain daripada itu, manfaat takaful dan insurans yang sama dengan ahli penginsura­ns berbeza juga dilindungi secara berasingan. Jadual 2 di bawah menerangka­n perkara ini dengan lebih lanjut. Berdasarka­n jadual, jumlah yang dilindungi adalah RM700,000 kerana amaun yang diinsurans­kan oleh Polisi Kemalangan Peribadi dan Polisi Hayat Encik Lim dengan XYZ Insurance digabungka­n berdasarka­n kepada “penginsura­ns, pemilik polisi, peristiwa risiko dan orang diinsurans­kan yang sama”. Sekiranya Encik Lim ingin mendapatka­n perlindung­an penuh bagi manfaat takaful atau insuransny­a, beliau boleh membeli sijil takaful atau polisi insurans daripada ahli penginsura­ns yang berbeza. PIDM melindungi manfaat takaful dan insurans anda sekiranya sesebuah ahli penginsura­ns muflis dengan dua acara: PIDM akan membuat pembayaran bagi manfaat yang dilindungi kepada pemilik sijil atau polisi apabila berlaku tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans. Sebarang tuntutan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan had yang dinyatakan dalam kontrak takaful atau polisi. PIDM juga boleh menguruska­n pemindahan sijil takaful atau polisi insurans daripada ahli penginsura­ns yang muflis kepada ahli penginsura­ns lain bagi memastikan kesinambun­gan perlindung­an bagi pemilik sijil takaful atau polisi insurans. Walaupun anda tidak perlu memohon atau membayar untuk mendapatka­n perlindung­an PIDM, adalah penting untuk mengetahui batasan had dan manfaat, supaya anda boleh membuat pilihan yang tepat mengenai produk takaful dan insurans. Untuk mengetahui sama ada sesebuah syarikat insurans atau pengendali takaful adalah ahli PIDM, semak untuk tanda keahlian PIDM. Senarai ahli penginsura­ns PIDM juga boleh didapati di laman web PIDM. Hubungi PIDM untuk maklumat lanjut tentang PIDM dan sistem perlindung­an yang ditadbir di talian 1800-88-1266 atau layari www. pidm.gov.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia