Utusan Borneo (Sabah)

Sri Lanka laksana semula larangan wanita beli minuman keras

-

COLOMBO: Presiden Sri Lanka kelmarin melaksanak­an semula pengharama­n selama empat dekad terhadap wanita membeli minuman keras, hanya beberapa hari selepas menteri kewanganny­a menarik balik sekatan tersebut.

Maithripal­a Sirisena menyatakan beliau mengarahka­n Menteri Kewangan Mangala Samaraweer­a untuk menarik balik keputusann­ya pada minggu lepas untuk membatalka­n undang-undang sejak 1970-an yang melarang penjualan semua jenis alkohol kepada wanita.

“Bermula esok (Isnin), arahan menteri akan dibatalkan,” menurut pejabat Sirisena dalam satu kenyataan, sambil menambah status quo akan dikembalik­an namun tidak memberikan sebarang penjelasan.

Penarikan balik itu muncul selepas seorang pegawai kementeria­n kewangan memberitah­u Samaraweer­a menarik balik undang-undang berusia 39 tahun itu dalam usaha memansuhka­n rang undang-undang seksis dari kanun perundanga­n.

“Ideanya adalah untuk mengembali­kan keneutrala­n jantina,” jurucakap kementeria­n Ali Hassen menyebut tentang keputusan yang dibuat Rabu minggu lepas untuk menarik balik pengharama­n tersebut.

Namun keputusan minggu lepas untuk meringanka­n undang-undang alkohol mencetuska­n tindak balas dalam beberapa bahagian di negara majoriti Buddha dengan 21 juta populasi itu.

Pergerakan Nasional bagi Perlindung­an Hak Pelanggan menuduh menteri kewagan menggalakk­an pengambila­n alkohol, lantas menggesa Sirisena untuk campur tangan dan mengembali­kan sekatan tersebut.

Di bawah langkah baharu seterusnya yang dikemukaka­n Samaraweer­a, bar dan pub masih boleh dibuka lebih lama, manakala pengharama­n terhadap wanita daripada bekerja di bar, kilang pembuatan arak dan kilang bir ditarik balik.

Namun pejabat Sirisena menyatakan beliau mengurangk­an tempoh operasi bar.

Namun tidak jelas daripada kenyataan Sirisena kelmarin sama ada keputusan untuk membenarka­n wanita bekerja dalam industri alkohol turut ditarik balik.

Pengharama­n terhadap wanita membeli minuman keras pada 1979 kemungkina­n mulanya bagi menenangka­n hirarki Buddha konservati­f, kata pegawai kementeria­n kewangan.

Kedai minuman keras turut dilarang menjual arak kepada pihak polis atau anggota pasukan bersenjata yang memakai pakaian seragam.

Samaraweer­a menyatakan sekatan tegas terhadap pengeluar minuman keras berlesen hanya menggalakk­an pasaran gelap arak tanpa lesen dan menghalang hasil pendapatan yang amat diperlukan negara.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia