Utusan Borneo (Sabah)

‘Black Widow of the Riviera’ dibicara, berdepan penjara seumur hidup

-

NICE: Seorang wanita Perancis yang digelar sebagai “Black Widow of the Riviera” kerana dikatakan menggoda dan meracuni lelaki tua dan kaya, membawa kepada kematian dua daripada mereka, berdepan hukuman penjara seumur hidup ketika perbicaraa­nnya berlangsun­g semalam.

Patricia Dagorn, 57, telah menjalani hukuman penjara selama lima tahun bagi kecurian, penipuan dan perampasan melibatkan seorang lelaki berusia 80-an di Alps Perancis pada 2012 selepas lelaki itu bersetuju untuk membenarka­n dia tinggal bersama dengannya sebagai pertukaran untuk hubungan seksual.

Lelaki berusia 87 tahun, Robert Mazereau, kemudian telah diserang.

Tahun sebelumnya, pihak polis telah mengesyaki Dagorn selepas mayat Michel Kneffel, seorang lelaki dalam usia 60-an yang tinggal bersamanya di sebuah hotel kediaman di Nice, telah ditemui pada Julai 2011.

Tiada dakwaan telah difailkan dalam kes tersebut, namun siasatan dibuka semula selepas pensabitan­nya pada tahun berikutnya, ketika pihak polis menemui balang kecil Valium dan dokumen peribadi dimiliki oleh kira-kira 12 lelaki berlainan, termasuk kad pengenalan, maklumat akaun bank dan kad insurans kesihatan.

Penemuan itu telah membawa pihak penyiasat kepada kes pembunuhan lain yang disyaki, melibatkan Francesco Filippone, 85, yang mayatnya ditemui di dalam tab mandi dalam keadaan peringkat awal pereputan di Mouans-Sartoux, di luar Cannes, pada Februari 2011.

Dagorn pada mulanya telah menunaikan sekeping cek daripada Filippone untuk nilai 21,000 euro, wang yang menurut dia sebagai satu hadiah untuk membantu dia membuka sebuah kedai barangan kemas.

“Dia menafikan kesemua dakwaan terhadapny­a, termasuk mencuri,” menurut salah seorang peguamnya, Georges Rimondi.

Ketika Dagorn telah didakwa bagi kes pada 2015, Rimondi menyatakan anak guamnya adalah seorang individu yang “rapuh” yang ditempatka­n di rumah anak yatim pada usia yang masih muda, dan yang menyatakan “dia berasa lebih selesa dengan orang yang lebih berusia.”

“Dia tidak sabar untuk menjelaska­n dirinya sendiri,” menurut seorang lagi peguamnya, Cedric Huissoud, sambil menambah dia telah menderita sepanjang beberapa tahun di dalam penjara.

Pihak polis sekarang memikirkan Dagorn mungkin telah menemui sekurang-kurangnya 20 lelaki selepas tiba di Riviera Perancis pada 2011, kebanyakan­nya melalui sebuah agensi pencari jodoh.

Dalam kebanyakan kes dia dikatakan meminta wang daripada lelaki atau untuk menamakan dia di dalam wasiat mereka, atau dia mencuri dokumen daripada mereka, sementara beberapa orang lagi telah dituduh sebagai merogol.

Dua daripada lelaki tersebut, Ange Pisciotta, 82, dan Robert Vaux, 91, telah memberikan keterangan ketika perbicaraa­n di Nice.

Vaux, yang telah membawa Dagorn untuk tinggal bersamanya pada awal 2012 di pekan pantai Frejus, melihat tahap kesihatann­ya merosot ketika dia telah membuat persediaan wasiat dengan peguamnya.

Dagorn, yang memiliki sarjana undang-undang, telah dijatuhkan hukuman penjara ditangguhk­an selama setahun dalam satu kes melibatkan bekas suaminya, yang didapati bersalah bagi penipuan.

Pada 2013, anak lelaki bongsunya memberitah­u sebuah akhbar tempatan bahawa dia tidak terkejut dengan tuduhan terhadap ibunya.

“Dia sering kali obses dengan wang cepat dan mudah,” anak lelakinya, dikenali sebagai Guilhem, memberitah­u Nice-Matin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia