Utusan Borneo (Sabah)

Lantai mezanin di bursa saham Indonesia runtuh

-

JAKARTA: Satu tingkat di bangunan bursa saham Indonesia telah runtuh ke atas lobi bangunan semalam, mencederak­an sejumlah orang yang tidak diketahui, menurut laporan media.

“Kami masih lagi menyiasat puncanya, namun buat masa sekarang keutamaan kami adalah orang yang tercedera,” jurucakap polis Jakarta Argo Yuwono memberitah­u Metro TV.

Rakaman yang disiarkan oleh beberapa stesen TV menunjukka­n beberapa orang terbaring di atas lantai dan telah dibawa keluar dari bangunan.

Jurucakap polis tidak menyatakan berapa ramai yang tercedera namun menambah bahawa tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini.

Rakaman berita televisyen menunjukka­n orang ramai dalam keadaan panik dan menjerit ketika pihak berkuasa cuba untuk mengosongk­an kawasan di sebalik timbunan serpihan.

Seorang wartawan dari Metro TV, yang berada dalam bangunan untuk membuat liputan bagi pasaran saham, menyatakan insiden berlaku sejurus selepas tengah hari waktu tempatan.

“Terdapat satu bunyi bising yang kuat maka orang yang berada di dalam telah segera berlari keluar dari bangunan,” menurut wartawan Marlia Zein.

Struktur itu kelihatan seperti satu balkoni dalaman atau lantai mezanin.

Ia telah runtuh ke atas tingkat bawah menara kedua kompleks tersebut, jurucakap Bursa Saham Indonesia Rheza Andhika memberitah­u Bloomberg, sambil menambah bahawa ia bukannya satu letupan.

Bursa Saham Indonesia terletak di tengah Jakarta, dan pejabat tempatan bagi Bank Dunia turut ditempatka­n di tingkat 12 di kompleks tersebut, menurut laman sesawangny­a. — AFP

 ?? — Gambar
AFP/Reuters ?? GAMBAR (atas) diterima daripada Amailia Putri Hasniawati menerusi WhatsApp menunjukka­n debu masih menyelubun­gi lobi selepas satu tingkat runtuh di bursa saham Indonesia di Jakarta semalam yang menyebabka­n beberapa orang cedera.
— Gambar AFP/Reuters GAMBAR (atas) diterima daripada Amailia Putri Hasniawati menerusi WhatsApp menunjukka­n debu masih menyelubun­gi lobi selepas satu tingkat runtuh di bursa saham Indonesia di Jakarta semalam yang menyebabka­n beberapa orang cedera.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia