Utusan Borneo (Sabah)

Rancang aktiviti mampu tarik belia dekati surau

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Pengerusi Surau Al-Mukmin i n Pangsapuri Tanjung Aru Latif Uji meminta jawatankua­sa surau berkenaan memikirkan aktiviti yang mampu untuk menarik masyarakat Islam di kawasan perumahan berkenaan terutamany­a generasi muda untuk minat berjemaah ke surau berkenaan.

Katanya, sebagai umat Islam sewajarnya mengimarah­kan masjid mahupun surau dalam kariah kita dengan pelbagai aktiviti keilmuan selain mengerjaka­n ibadat solat.

“Dan sebagai Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin, kita perlu memikirkan aktiviti yang dapat menarik para belia di kawasan perumahan ini untuk datang berjemaah bersama ke surau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Mesyuarat Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung Aru di surau berkenaan pada malam Ahad.

Pada mesyuarat itu beliau telah membentang­kan aktiviti atau takwim Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung Aru untuk 2018 ini.

Katanya, sepanjang 2018 ini, pelbagai takwim telah dirancang bermula dengan penganjura­n Kursus Azan pada 25 Februari, Kursus Fardhu Kifayah (24 Mac), program sempena Israk dan Mikraj (14 April), Mesyuarat Tahunan Tahun 2018 (28 April), program sempena Awal Ramadan (16 Mei), dan program Rumah Terbuka Aidilfitri pada 30 Jun.

Pada 28 Julai, takwim 2018 diteruskan dengan aktiviti sukan untuk belia dan remaja, penganjura­n program sempena Hari Raya Korban pada 22 Ogos, program sempena Awal Muharam/Maal Hijrah (11 Sept), penganjura­n Hari Keluarga (27 Okt), pada 20 November aktiviti sempena Maulidur Rasul dan diakhiri dengan lawatan ke rumah anak-anak yatim pada bulan Disember.

Dalam pada itu, Ketua Syukbah Dakwah dan Pendidikan Surau AlMukminin Haji Ag. Matasan Ag. Mahmud menyaranka­n agar prasarana surau berkenaan dapat mengalami transforma­si demi mewujudkan suasana lebih selesa kepada para jemaah.

“Mewujudkan suasana baharu yang berbeza daripada biasa di samping menjadikan Surau Al-Mukminin sebuah surau yang selesa juga mampu menarik masyarakat Islam di kawasan perumahan ini untuk datang berjemaah,” katanya.

Beliau menambah, menganjurk­an pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat belia seperti aktiviti sukan, riadah dan aktiviti keilmuan di samping ibadat solat juga perlu dirancang dengan bijak.

Sebelum itu, pada sebelah paginya telah berlangsun­g program gotong royong membersihk­an Surau Al-Mukminin.

 ??  ?? BARISAN Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung Aru.
BARISAN Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung Aru.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) AJK wanita merakamkan kenangan sempena gotong royong membersihk­an Surau Al-Mukminin.
(Gambar kiri) AJK Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tg. Aru menjamu selera selepas program gotong royong.
(Gambar atas) AJK wanita merakamkan kenangan sempena gotong royong membersihk­an Surau Al-Mukminin. (Gambar kiri) AJK Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tg. Aru menjamu selera selepas program gotong royong.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA Surau Al-Mukminin yang hadir sempena mesyuarat itu.
JAWATANKUA­SA Surau Al-Mukminin yang hadir sempena mesyuarat itu.
 ??  ?? LATIF (kiri) dan Haji Ag.Matasan.
LATIF (kiri) dan Haji Ag.Matasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia