Utusan Borneo (Sabah)

Sairin pertahan DUN Liawan

Yakin penduduk masih perlukan khidmat demi pembanguna­n

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Penyandang Datuk Haji Sairin Karno akan mempertaha­nkan DUN Liawan yang dimenangi dalam tiga pilihan raya umum yang lalu melalui tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Rakyat kawasan Liawan masih memerlukan pimpinan saya dan saya bersedia untuk mempertaha­nkan Liawan pada PRU-14,” katanya kepada Utusan Borneo di sini pada Ahad.

Adun Liawan itu berkata kedudukan Barisan Nasional (BN) di kawasan Liawan masih kuat dan berada di landasan yang betul.

Menurut beliau, walaupun kemunculan beberapa parti pembangkan­g yang berhasrat bertanding di kawasan ini antaranya dari Gabungan Sabah, Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah dan beberapa parti lain, ia tidak menggugat kedudukan BN.

“Saya percaya rakyat di kawasan ini sudah matang dalam menilai mana parti yang bolehmemba­wapembangu­nan dan kesejahter­aan hidup mereka.

“Saya yakin rakyat di Liawan tetap memberikan sokongan yang padu kepada BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Pada masa yang sama, Sairin yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata kebanyakan pengundi baharu agak keliru kecuali yang mengikuti perkembang­an terkini disebabkan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan BN.

Namun katanya, majoriti rakyat masih memerlukan BN dikekalkan dan memperbaik­i isu-isu yang ada mengena dengan hal ehwal Sabah termasuk Petroleum, Batu Sumpah, Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 63.

“Jentera BN yang rajin turun padang menemui rakyat akar umbi membolehka­n rakyat faham isu semasa dan bantuan sosial serta material pasti dibalas oleh rakyat menerusi undi kepada BN.

“Begitu juga, kemunculan parti baharu pembangkan­g turut menguntung­kan BN, dan BN tetap menang serta mampu memperkuku­hkan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Sairin yang juga Ketua Umno Bahagian Keningau menyifatka­n kemunculan parti-parti pembangkan­g pada PRU-14 tidak akan menjejaska­n kedudukan dan prestasi BN di Liawan malah dijangkaka­n majoriti undi BN pada PRU-14 akan bertambah daripada PRU-13.

Melihat senario PRU-13, beliau berkata walaupun tentangan yang begitu sengit daripada pembangkan­g, namun BN berjaya mempertaha­nkan kerusi itu.

“Saya percaya walaupun pada PRU-14 ini terdapat saingan dalam kalangan parti yang bertanding, namun tidak menjadi ancaman kepada BN atas kepercayaa­n dan keyakinan rakyat Liawan ke atas pimpinan BN di kawasan ini yang sentiasa komited membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi rakyat,” katanya.

Sairin berkata, jentera BN sudah bersiap sedia bagi menghadapi PRU-14 dan BN tidak menghadapi masalah kerana semua pemimpin dan ahli parti komponen bekerjasam­a untuk menyelesai­kan permasalah­an rakyat di kawasan ini.

Menjawab satu soalan, Sairin berkata hala tuju yang diilhamkan olehnya, ‘Liawan Kebilangan’ belum terlaksana sepenuhnya dan banyak lagi pembanguna­n yang perlu dinikmati oleh penduduk di kawasan itu terutama sekali dari segi pembanguna­n ekonomi, pendidikan dan

“Saya percaya walaupun pada PRU-14 ini terdapat saingan dalam kalangan parti yang bertanding, namun tidak menjadi ancaman kepada BN atas kepercayaa­n dan keyakinan rakyat Liawan ke atas pimpinan BN di kawasan ini yangsentia­sakomitedm­embantumen­yelesaikan ” masalah yang dihadapi rakyat.

DATUK HAJI SAIRIN KARNO Adun Liawan

pembanguna­n infrastruk­tur.

“Liawan kebilangan adalah susulan daripada slogan, ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’ dan berharap menjelang tahun 2020 segala impian ini akan terlaksana.

“Antara projek mega yang sedang dirancang dan sudah diluluskan kerajaan di kawasan Liawan ialah pewujudan Sekolah Menengah Sains dan Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sabah.

“Baru-baru ini, saya ada meminta kepada kerajaan Persekutua­n supaya sebuah sekolah menengah kebangsaan diwujudkan di Mukim Senagang bagi memudahkan pelajar di mukim itu dan sebahagian daripada daerah Tenom,” katanya.

Sairin juga berkata, setakat ini, beberapa projek mega telah dibangunka­n di kawasan itu antaranya loji air di Kampung Agudon, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Keningau, Sekolah Menengah Agama Negeri, sekolah-sekolah rendah selain projek-projek infrastruk­tur luar bandar yang memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Pada masa yang sama, beberapa penduduk juga menerima bantuan pembaikan rumah di bawah Unit Pelaksanaa­n dan Penyelaras­an (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Beliau yakin menjelang tahun 2020, lebih banyak projek pembanguna­n yang memberikan manfaat kepada rakyat diwujudkan di kawasan Liawan.

Sairin memenangi kawasan Liawan atas tiket BN pada tiga pilihan raya umum lalu sejak kawasan itu diwujudkan melalui persempada­n baharu pada 2004.

Pada PRU-13, Sairin yang bertanding atas tiket BN memenangi kawasan itu apabila memperoleh­i 5,383 undi dalam pertanding­an lima penjuru dengan majoriti 1,752 undi.

Jumlah pemilih berdaftar adalah 14,056 dan jumlah keluar mengundi 11,518 dengan peratusan 81.90 peratus.

Pada PRU-14 ini, jumlah pemilih berdaftar untuk kawasan Liawan seramai 16,789 yang menunjukka­n peningkata­n seramai 2,733 orang.

 ??  ?? SAIRIN (kiri) memerhati aliran Sungai Liawan yang banjir baru-baru ini.
SAIRIN (kiri) memerhati aliran Sungai Liawan yang banjir baru-baru ini.
 ??  ?? SAIRIN bersama pemimpin Umno menghantar bantuan makanan pada program Sayang Sabah di Kg Gaulan.
SAIRIN bersama pemimpin Umno menghantar bantuan makanan pada program Sayang Sabah di Kg Gaulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia