Utusan Borneo (Sabah)

Sediakan lebih banyak rumah mampu milik

-

SANDAKAN: Pas Sabah mencadangk­an agar pihak kerajaan menyediaka­n lebih banyak rumah kos rendah mampu milik dan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk rakyat yang kurang berkemampu­an di negeri ini.

Ia penting bagi memastikan seluruh rakyat yang berkelayak­an terutama mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan perumahan atas air dapat memiliki rumah yang lebih selesa dan selamat.

Timbalan Pesuruhjay­a 3 Pas Sabah Sahar Abdul Majid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden kebakaran di Kampung Sundang Laut yang melibatkan 78 keluarga, di sini.

Beliau bersama Ketua Muslimat Pas Sabah merangkap Naib Yang Dipertua Batu Sapi Norsah Bongsu sudah beberapa kali datang menghulurk­an bantuan kebajikan kepada mangsa terlibat.

Terbaharu, mereka menyerahka­n sumbangan kebakaran seperti telekung solat, beg sekolah, lampin bayi dan lain-lain.

“Apa yang berlaku hari ini, apabila rakyat ditimpa musibah seperti kebakaran, mereka tidak mempunyai tempat tinggal, bahkan ada antara mereka yang terpaksa tinggal di bangsal-bangsal buruk dan seumpamany­a untuk berlindung. Ini amat menyedihka­n,” katanya.

Menurut beliau, insiden seperti itu amat memeritkan kerana mangsa yang terbabit bukan sahaja hilang tempat tinggal dan barang-barang berharga, bahkan menimbulka­n banyak masalah kepada mangsa untuk meneruskan kehidupan selepasnya.

“Pihak berkuasa tahu kawasan setinggan ini tidak sah dari sudut penempatan perumahan sebab itu mereka yang terbabit tidak dibenarkan mendirikan semula rumah mereka yang telah hangus terbakar,” katanya yang juga Yang Dipertua Pas Sandakan.

Menurut beliau, kejadian seumpama itu sudah kerap berlaku di seluruh Sabah dengan melibatkan ratusan rumah atas air.

Katanya, pihak berkuasa yang sudah tentu menyedari hal itu, perlu mengambil tindakan wajar agar mereka tidak lagi tinggal di kawasan setinggan yang berisiko tinggi.

Sahar berkata, kegagalan pihak berkuasa menyediaka­n perumahan rakyat atau rumah kos rendah yang mencukupi dan mampu milik menyebabka­n mereka tiada pilihan melainkan mendirikan rumah semula di kawasan itu.

“Bagi kami, pilihan terbaik selain mewujudkan rumah mampu milik dan PPR ialah dengan menyusun semula perumahan atas air dengan lebih sistematik dengan mengambilk­ira soal keselamata­n dan keselesaan.

“Ini adalah sebahagian daripada keutamaan kerana ia juga mampu menjadi tarikan pelancong di negeri ini,” jelasnya.

 ??  ?? SAHAR (kanan) menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran.
SAHAR (kanan) menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia