Utusan Borneo (Sabah)

Kesatuan bawa kepada kesejahter­aan

- Oleh DELLROY

TENOM: Kesatuan dalam negara membawa kepada kesejahter­aan di dalam negara tanpa ada perbalahan kaum dan budaya.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, amalan saling menghormat­i antara satu sama lain adalah kunci utama Malaysia dipandang tinggi oleh negara lain.

“Asas kepada kekuatan kita adalah pengorbana­n oleh semua pihak dengan mengenepik­an perbezaan antara satu sama lain.

“Dengan adanya kesatuanla­h, rakyat di negara ini khususnya umat Islam, dapat hidup aman dan damai serta bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.

“Malah dengan perpaduan dan kesatuan yang ada, negara kita semakin membangun seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Katanya, hari ini umat Islam berdepan dengan pelbagai cabaran, antaranya perpecahan dan persengket­aan sesama sendiri yang menjadikan umat Islam lemah dan mudah dieksploit­asi untuk kepentinga­n pihak tertentu.

“Justeru, kita seharusnya sedar dan menginsafi serta mengambil iktibar daripada krisis dan pergolakan yang berlaku di beberapa negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpuna­n dan Perarakan Sambutan Maulid u r Rasul SAW 1439H/2017M Peringkat Daerah Tenom dan Kemabong di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, di sini pada Sabtu.

Raime berkata, semangat persaudara­an dan perpaduan dalam kalangan masyarakat kita harus dikekalkan dan dipelihara kerana keharmonia­n dan perpaduan itulah yang akan dinikmati semua lapisan masyarakat.

Beliau turut melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n atas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman kerana memacu pembanguna­n, ekonomi negara dan Sabah ke arah yang lebih baik dengan memastikan ekonomi negara stabil dan terkawal walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

“Kerajaan memahami kebimbanga­n rakyat dan kerajaan akan membuat penyesuaia­n dasar apabila perlu untuk melindungi, dan menjamin masa depan rakyat negara ini,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan, Ketua Polis Daerah Tenom DSP Francis Firdaus Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Tenom Kassim Hj.Yunus, Timbalan Pengerusi Badan Dakwah Tenom Juli Malik Hussin dan Ketua Jais Daerah Tenom Ustaz Mohd Yacob Ismail.

 ??  ?? RAIME, Madiyem, Firdaus dan Kassim ketika program Maulidur Rasul di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom.
RAIME, Madiyem, Firdaus dan Kassim ketika program Maulidur Rasul di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom.
 ??  ?? RAIME (tengah) mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tenom bermula di Kompleks Sukan Tenom dan berakhir di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom.
RAIME (tengah) mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tenom bermula di Kompleks Sukan Tenom dan berakhir di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia