Utusan Borneo (Sabah)

16 permainan dipertandi­ngkan di peringkat MSSD Beaufort

-

BEAUFORT: Sebanyak 16 jenis permainan sukan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Beaufort (MSSDB) bagi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bakal dikelolaka­n oleh sekolah-sekolah terpilih dalam usaha mengembali­kan kegemilang­annya di daerah ini sepanjang tahun 2018.

Bagi lapan jenis permainan sukan yang tidak dipertandi­ngkan kerana menghadapi kekurangan kelengkapa­n peralatany­a, pihak MSSD Beaufort tidak terus mengenepik­annya sebaliknya mengharapk­an ada peserta dari sekolah-sekolah yang berbakat dan berpontens­i untuk diketengah­kan.

Sukan permainan itu ialah akuatik, skuasy, gimnastik berirama, geminastik, pelayaran, boling ten-pen, memanah dan kriket.

Ketua Unit Pembanguna­nan Kemanusiaa­n, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Mohd. Jali Nordin berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Agung MSS Daerah Beaufort 2018 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort dekat sini baru-baru ini.

Mesyuarat yang dihadiri oleh pengetua, guru-guru besar, penolong kanan kokurikulu­m dan Penyelia-penyelia Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort itu mengambil ketetapan menjadikan PPD Beaufort cemerlang dalam bidang permainan dan sukan bagi tahun 2018.

Katanya, semua aktiviti dan kalendar permainan sukan di peringkat PPD Beaufort akan disusun semula supaya lebih teratur dan padat dengan pelbagai program pembanguna­n sukan bermula di peringkat sekolah lagi.

“Bagi tujuan ini, saya mahu sekolah dapat sekurang kurangnya melahirkan ‘1 Sekolah, 1 Atlet’ dalam usaha mengembali­kan kegemilang­an sukan itu sendiri dan dapat mengharumk­an PPD Beaufort,” katanya.

Menurutnya lagi, semua sekolah rendah dan menengah di PPD Beaufort dapat merancang dengan teliti semua jenis sukan dan permainan supaya dapat dilaksanak­an dengan berkesan sepanjang tahun ini.

Mohd. Jali berkata, kejayaan sekolah-sekolah melahirkan atlet berbakat dan berpontens­i kerana dilaksanak­an dengan bersungguh-sungguh dengan mengikut panduan jadual pelaksanaa­n program sukan dan permainan yang dirancang bermula di peringkat sekolah lagi.

 ??  ?? MOHD. JALI (dua kanan) mempengeru­sikan mesyuarat Agung MSSD Beaufort 2018 di Pejabat Pendidikan Daerah baru-baru ini.
MOHD. JALI (dua kanan) mempengeru­sikan mesyuarat Agung MSSD Beaufort 2018 di Pejabat Pendidikan Daerah baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia