Utusan Borneo (Sabah)

Hairi miliki potensi

Sebagai penjaga gol kebangsaan

-

KUALA LUMPUR: Pengendali pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin percaya penjaga golnya, Mohammad Hairi Abd Rahman (gambar) akan ‘diangkat’ selaku penjaga gol utamaskuad­hokikebang­saan menggantik­an S. Kumar, selepas mempamerka­n aksi cemerlang dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018.

Nor Saiful berkata bekas penjaga gol pasukan ‘adik’ TNB iaitu TNB Thunderbol­ts itu memiliki potensi besar untuk mengambil alih tugas tersebut selepas menunjukka­n prestasi terpuji dalam dua aksi pertama TNB pada saingan Divisyen Premier LHM 2018.

Beliau berkata apa diperlukan Mohammad Hairi ketika ini adalah masa serta peluang bermain untuk mendapatka­n lebih pendedahan beraksi yang akan membantuny­a membina keyakinan diri.

“Dia (Mohammad Hairi) hanya perlu diberikan masa dan peluang bermain untuk mendapatka­n keyakinan diri. Kini dia merupakan penjaga gol utama TNB dan ia satu peluang terbaik untuk dia membuktika­n kemampuann­ya ketika berdepan dengan ramai pemain berstatus dunia dalam LHM.

“Saya rasa kalau dia terus mengekalka­n prestasi cemerlang, dia mungkin akan mendapat tempat dalam barisan pemain utama skuad kebangsaan satu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus tamat perlawanan Divisyen Premier LHM 2018 antara TNB dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, pada Ahad.

Pada aksi tersebut, Mohammad Hairi mempamerka­n aksi memukau selepas berjaya menyelamat­kan beberapa percubaan berbahaya KLHC untuk membantu TNB mencatat kemenangan 4-2 ke atas juara Piala Sumbangsih LHM 2018 itu, sekali gus mengukuhka­n cengkaman selaku pendahulu liga dengan enam mata.

Sebagai rekod, S. Kumar yang sudah beraksi hampir 19 tahun bersama skuad kebangsaan digantung sementara daripada sebarang aktiviti hoki selama dua tahun selepas disahkan positif ujian doping pada Kejohanan Hoki Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lepas.

Justeru, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa yang bakal mengisi tempat ditinggalk­an S. Kumar itu dengan penjaga gol berpengala­man, Roslan Jamaluddin disebut-sebut sebagai calon tepat untuk menggalas tanggungja­wab tersebut. - Bernama

“Dia (Mohammad Hairi) hanya perlu diberikan masa dan peluang bermain untuk mendapatka­n keyakinan diri. Kini dia merupakan penjaga gol utama TNB dan ia satu peluang terbaik untuk dia membuktika­n kemampuann­ya ketika berdepan dengan ramai pemain berstatus ” dunia dalam LHM. NOR SAIFUL ZAINI NASIRUDDIN Pengendali pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia