Utusan Borneo (Sabah)

Kian Meng-Pei Jing mahu pertahan kejuaraan Masters Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing optimis mampu mempertaha­nkan kejuaraan walaupun bakal berdepan saingan sengit daripada pemain ranking atasan dunia pada kejohanan Masters Malaysia 2018 yang akan membuka tirai hari ini sehingga 21 Jan ini.

Pasangan ranking ke-11 dunia itu berharap mampu memberi persembaha­n terbaik pada aksi pertama menentang Anders Skaaarup Rasmussen-Line Hojmark Kjaerfeldt dari Denmark pada kejohanan yang berlangsun­g di Arena Axiata, Bandar Sukan Bukit Jalil.

Satu lagi pasangan beregu campuran negara ialah Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai.

Saingan beregu campuran dijangka sengit dengan penyertaan 10 pasangan terbaik dunia seperti Wang Yilyu-Huang Dongping dari China, Tang Chun Man-Tse Ying Suet (Hong Kong) dan Seo Seung Jae-Kim Ha Na (Korea Selatan).

“Masters Malaysia kali ini berbeza berbanding sebelum ini kerana ia dinaik taraf daripada Grand Prix Emas ke Siri Super, dan sudah pasti saingannya lebih sengit dengan kehadiran pemain handalan dunia.

“Saya harap dapat beraksi dengan baik seperti ketika latihan namun tidak meletakkan sebarang sasaran. Saya harap dapat mengharung­i satu persatu perlawanan dengan kemenangan,” kata Kian Meng dalam kenyataan dikeluarka­n Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pada Isnin.

Masters Malaysia 2018 yang kini berstatus Jelajah Dunia Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) Tahap Empat menawarkan hadiah wang tunai RM1.4 juta (AS$350,000). Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia