Utusan Borneo (Sabah)

Labuan bersedia menjadi destinasi sukan air utama

-

LABUAN: Labuan bakal menyaksika­n perlumbaan P1 Powerboat Grand Prix di perairan pantainya, pada 2019 hadapan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan pulau itu destinasi utama sukan air.

Yayasan Pembanguna­n Labuan (YPL) dan P1 Powerboat akan memperkena­lkan grand prix laut Labuan sebaik menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) pada 18 Jan ini.

Sebagai sukan tarikan baharu, perlumbaan bot kuasa dijangka akan meningkat dan memanfaatk­an potensi pinggir laut Labuan yang luas dan apabila berjaya, tindakan seterusnya boleh dirangka untuk sukan tersebut di pulau itu.

“Matlamat kami adalah untuk mencari potensi perairan Labuan. Grand Prix Powerboat ini merupakan sukan popular pada peringkat global dan kami mahu membawa perkara sama ke pulau ini,” kata Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli ketika ditemui Bernama.

Bot lumba berwarnawa­rniyangbol­ehmencecah kelajuan hingga 150 mph dan penonton di pantai akan menonton mereka merentasi lautan yang sentiasa berubah, dicabar oleh angin dan ombak.

Rozman berkata kejohanan itu akan menjadi acara pengenalan kepada pulau bebas cukai ini dan berpotensi untuk merangsang ekonomi.

Beliau berkata Pantai Mawilla yang luas adalah platform yang sempurna untuk semua jenis bot lumba, dengan itu menggalakk­an lagi jumlah peserta.

“Ia juga venue yang sempurnaun­tukmenonto­n keseluruha­n acara dari mula hingga tamat, sekali gus tidak hairan jika kelihatan ramai penonton berlabuh 200 meter di hadapan persisiran bagi menonton perlumbaan yang menyeronok­kan itu,” katanya.

Beliau berharap acara ini mampu mempromosi Labuan sebagai venue pilihan untuk sukan air. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia