Utusan Borneo (Sabah)

Kekalahan perlawanan pertama ‘sesuatu yang sangat normal’, kata Guardiola

-

LONDON, England: Selepas 22 perlawanan tanpa kalah, kekalahan perlawanan domestik pertama Manchester City musim ini adalah ‘sesuatu yang sangat normal’, kata pengurus City, Pep Guardiola selepas pasukannya tewas 3-4 di Liverpool Ahad lepas, sekali gus menamatkan harapan menjadi pasukan kedua yang mengharung­i musim Liga Perdana Inggeris tanpa kalah.

Ketika memenangi 20 perlawanan liga dan seri dua kali, ramai mula membanding­kan dengan pasukan Arsenal yang memenangi kejuaraan pada musim 2003/2004 tanpa kalah.

Tetapi di Anfield, rekod tanpa kalah liga City akhirnya tamat selepas 30 perlawanan, 82 mata dan 281 hari.

“Saya sudah memenangi banyak kejuaraan dan saya sentiasa tercicir mata dan juga kalah perlawanan. Ia perkara normal,” kata Guardiola.

“Semua pasukan bersaing untuk Liga Juara-Juara, untuk menang dalam liga atau mengelak penyingkir­an. Anda mempunyai banyak perlawanan dan saya berharap kami akan kekal cergas dalam jadual perlawanan setiap tiga hari. Tetapi untuk tewas satu perlawanan adalah sesuatu yang sangat normal.”

Beliau sering berkata kemungkina­n mengharung­i satu musim tanpa kalah adalah “tidak masuk akal” tetapi ketika mengharung­i setiap perlawanan dengan kemenangan meyakinkan, ramai mencadangk­an City akan menyertai Arsenal sebagai juara tak terkalah.

Liverpool mendahului 1-0 menerusi gol awal Alex Oxlade-Chamberlai­n tetapi Leroy Sane mengikat kedudukan 1-1 sebelum rehat. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia