Utusan Borneo (Sabah)

Sea Dragon pertahan kejuaraan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kelab Renang Sea Dragon (SDSC) berjaya mempertaha­nkan gelaran juara keseluruha­n Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Sabah (SiAG) 2018.

Kelab berpusat di Likas itu membolot 61 emas, 44 perak dan 44 gangsa untuk mengatasi 12 pasukan lain pada kejohanan edisi ke-51 kali ini yang berakhir di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di Likas pada Ahad.

Persatuan Renang Daerah Penampang (PREPS) muncul selaku naib johan keseluruha­n dengan 42 emas, 45 perak dan 51 gangsa diikuti Persatuan Renang Sandakan (SSA) pada kedudukan ketiga keseluruha­n dengan 20 emas, 13 perak dan 12 gangsa.

Kejohanan tiga hari anjuran bersama Persatuan Sukan Akuatik Sabah (SASA) dan SDSC itu mencatat rekod penyertaan 467 perenang termasuk dari Brunei Darussalam, Wilayah Persekutua­n Labuan dan dari seluruh negeri Sabah.

Presiden merangkap jurulatih SDSC Johnny Wong ditemui selepas kejohanan berakhir begitu teruja dengan pencapai anak-anak buahnya khususnya dari kelompok para perenang muda.

“Kita memenangi gelaran juara keseluruha­n ini untuk tahun kedua berturuttu­rut di mana tahun ini pencapaian pingat emas kita meningkat.

“Tahun lalu (2017), kita berjaya melakukan kejutan mengatasi PREPS hanya dengan kelebihan tipis satu pingat emas, tetapi tahun ini, perbezaan yang ditunjukka­n amat ketara sekali iaitu dengan kelebihan 19 pingat emas. Ini sangat menggembir­akan kita semua (SDSC).

“Kejayaan ini merupakan hasil kerja keras dan komitmen tinggi semua pihak terutama sekali para pelatih, jurulatih dan ibu bapa,” jelas beliau sambil menambah kelab itu diwakili oleh lebih 100 perenang menyertai kejohanan itu.

Kejohanan itu merupakan medan untuk para perenang tempatan dari semua peringkat umur menguji keupayaan dan kemahiran mereka dipilih mewakili Sabah menyertai Kejohanan Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MiAG) 2018.

Kejohanan peringkat kebangsaan itu akan berlangsun­g di Pusat Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam bulan Mac.

Selain itu, perenangpe­renang terbaik Sabah juga bersaing untuk mendapatka­n tiket mereka mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang akan berlangsun­g di Perak dalam bulan September hadapan.

 ??  ?? KELAB Renang Sea Dragon merai kejayaan mereka meraih gelaran juara keseluruha­n Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Sabah (SiAG) 2018 di Pusat Akuatik, KSKK di Likas pada Ahad.
KELAB Renang Sea Dragon merai kejayaan mereka meraih gelaran juara keseluruha­n Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Sabah (SiAG) 2018 di Pusat Akuatik, KSKK di Likas pada Ahad.
 ??  ?? PARA perenang terbaik kejohanan mengikut kumpulan umur bersama piala masing-masing.
PARA perenang terbaik kejohanan mengikut kumpulan umur bersama piala masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia