Utusan Borneo (Sabah)

36 dipilih wakili MSSD Sandakan

Kejohanan merentas desa peringkat bahagian Sandakan di Telupid 23 Januari

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Seramai 36 peserta terbaik telah dipilih membawacab­aranmewaki­li kontinjen Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sandakan ke Kejohanan Merentas Desa peringkat Bahagian Sandakan di Telupid pada 23 Januari depan.

Pemilihan 24 atlet tersebut berdasarka­n pencapaian terbaik individu masingmasi­ng pada Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Sandakan yang dikelolaka­n oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan II, Sabtu lalu.

Setiausaha Jawatankua­sa pengelola kejohanan yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Sandakan 2, Anas Sulaiman berkata kejohanan tersebut mendapat sambutan yang amat membanggak­an dengan penyertaan seramai 375 peserta.

Katanya, tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu bawah 12, 15 dan 18 tahun, lelaki dan perempuan.

Anas berkata, merentas desa merupakan salah satu daripada 24 jenis sukan yang dipertandi­ngkan dalam kalendar atau takwim kejohanan MSS Sabah dan acarapembu­katiraikej­ohanan terawal dilaksanak­an pada setiap tahun.

“Selain mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam sukan merentas desa, kejohanan itu merupakan medan pemilihan atlet untuk mewakili MSSD Sandakan ke Kejohanan Merentas Desa peringkat bahagian Sandakan yang akan diadakan di Telupid pada 23 Januari depan,” katanya.

Enam peserta terbaik lelaki dan perempuan yang memenangi tempat pertama hingga ke-6 bagi setiap kategori disenaraik­an untuk mewakili daerah Sandakan.

Kejohanan peringkat bahagian Sandakan melibatkan persaingan empat penjuru (daerah) iaitu Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Telupid selaku tuan rumah dan pengelola peringkat bahagian Sandakan dan seterusnya mengetuai kontinjen Bahagian/Zon Sandakan ke peringkat negeri (MSS Sabah) yang akan diadakan di Kuala Penyu pada 3 Februari depan.

Enam atlet terbaik bagi kategori L18 ialah Muhd Ariffin Amir Bangsa (johan - SMK Batu Sapi), Muhd Azrul Ali (SMK Merpati), Beellcaros (SMK Elopura Bestari), Mohd Syahril (SMK Gum-gum), Morsan dan Salman (SM St Mary).

Atlet P18 terdiri daripada Pang Hao Xin (johan- SM Yu Yuan), Rachel Yong (SMJK Tiong Hua), Siti Nur Ain Anatasyah (SMK Elopura 2), Liana Farhany Mardygel (SMK Tinusa), Situ Nur Syafiqah (SMK Merpati) dan Nur Aisyah Syakila Abd Aziz (MRSM Sandakan).

Mewakili MSSD Sandakan bagi kategori L15 ialah Muhd Ilham Syah (johan - SMK Sandakan II), Relneiwell Jiskel (SM St Mary), Mohd Nor Hisqal Rosenin (SMK Tinusa), Gelven Albert Yong dan Morris Johanes Milvin (SM St Mary) serta Mohd Syafiq Juhani (SMK Sandakan II).

SMK Tinusa mengunggul­i kategori P15 apabila atletnya merangkul tiga kedudukan teratasmen­erusiNurHa­simah Kinon (johan), Nurfardiba­h Anantasia Ruspikar Ali dan Siti Nur Ain Mohammad.

Mengiringi tiga atlet SMK Tinusa untuk mewakili daerah Sandakan ialah Nurul Amerah Basrana (SMK Batu Sapi), Siti Saimah Abd Hamid (MRSM) dan Wisnah Mahali (SMK).

Bagi kategori L12, Sandakan bakal diwakili oleh Mohd Norhisham (SK Muhibbah), Mohd Khairul Awang (SK Rancangan Lubuh), Mohd Azreel Hakeem (SK Gas), Rolan Kamudis (SK St Mary Labuk), Sanli Abdullah (SK Seri Manis) dan Arsupi Abdullah (SK Sg Anib III).

SK Sg Manila (Batu 12) mengunggul­i kategori P12 apabila tiga atletnya berjaya mewakili daerah Sandakan ke Kejohanan Merentas Desa peringkat bahagian Sandakan di Telupid.

Enam atlet terbaik P12 daerah Sandakan ialah Nur Hamidah Abdullah (johan – SK Sg Manila), Mazratul Rasidah (SK Sg Manila), Nurul Syuhadah Tahjudin (SK Rancangan Lubuh), Nurul Syamirah Abd Malik (SK Gas), Nurul Syafiqah Aini (SK Sg Manila) dan Nur Astutie Lasape (SK Seri Manis).

Majlis pelepasan peserta dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Sandakan II Tang Shu Syn (wakil pengetua), Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sandakan II Mohd Amin Ngah Hadi dan Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusian (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Ahmad Yussof Mohamad.

 ??  ?? MUHD ILHAM
MUHD ILHAM
 ??  ?? NUR HASIMAH
NUR HASIMAH
 ??  ?? MUHD ARIFFIN
MUHD ARIFFIN
 ??  ?? PANG HAO XIN
PANG HAO XIN
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 36 atlet yang bakal mewakili MSSD Sandakan ke Kejohanan Merentas Desa peringkat bahagian Sandakan di Telupid pada 23 Januari depan bersama Ahmad Yussof (belakang, tengah).
SEBAHAGIAN daripada 36 atlet yang bakal mewakili MSSD Sandakan ke Kejohanan Merentas Desa peringkat bahagian Sandakan di Telupid pada 23 Januari depan bersama Ahmad Yussof (belakang, tengah).
 ??  ?? TANG (empat kiri) diiringi Anas dan Ahmad Yussof (kiri) menyempurn­akan pelepasan peserta larian kategori lelaki dan perempuan 12 tahun.
TANG (empat kiri) diiringi Anas dan Ahmad Yussof (kiri) menyempurn­akan pelepasan peserta larian kategori lelaki dan perempuan 12 tahun.
 ??  ?? RATUSAN peserta L18 memulakan larian dengan penuh bersemanga­t sambil diperhatik­an Anas Sulaiman (kiri).
RATUSAN peserta L18 memulakan larian dengan penuh bersemanga­t sambil diperhatik­an Anas Sulaiman (kiri).
 ??  ?? MOHD Amin (YDP PIBG) diiringi Tang Shu Syn (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Nur Hamidah Abdullah, johan P12 dari SK Sg Manila.
MOHD Amin (YDP PIBG) diiringi Tang Shu Syn (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Nur Hamidah Abdullah, johan P12 dari SK Sg Manila.
 ??  ?? MOHD Amin (kiri) bersama Ahmad Yussof melepaskan peserta lelaki B15.
MOHD Amin (kiri) bersama Ahmad Yussof melepaskan peserta lelaki B15.
 ??  ?? PESERTA larian kategori P15.
PESERTA larian kategori P15.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia