Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho mahu De Gea terus kekal di Old Trafford

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho membayangk­an kelabnya akan melakukan apa yang mereka mampu untuk melanjutka­n kontrak penjaga gol, David de Gea.

Penjaga gol antarabang­sa Sepanyol itu, yang hampir menyertai Real Madrid pada 2015 dan terus dikaitkan dengan perpindaha­n ke sana, mempunyai kontrak yang akan tamat pad Jun 2019, walaupun United mempunyai pilihan untuk melanjutka­nnya untuk satu tahun lagi.

Mourinho bagaimanap­un berkata kelab mahu berunding untuk satu kontrak baharu dalam masa terdekat, dengan akhbar tempatan melaporkan bahawa mereka mahu mengekalka­n pemain itu sehingga 2023.

Pemain berusia 27 tahun, yang dibeli dari Atletico Madrid untuk nilai 18.9 juta pound pada Jun 2011, adalah pemain terbaik United pada 2014 dan 2015 dan Mourinho melihat beliau sebagai pemain penting dalam usaha kelab untuk kembali ke kemuncak bola sepak Inggeris dan Eropah.

“Kami tidak akan membiarkan satu pilihan itu hilang,” kata Mourinho. “Seorang penjaga gol seperti beliau, sememangny­a di sebuah kelab yang mahu menjadi lebih bagus, kami tidak akan membiarkan pilihan satu tahun berakhir.

“Tetapi sudah tentu, kami akan cuba memberikan beliau satu kontrak yang akan mengekalka­n beliau di sini, lebih lama dari pilihan lanjutan (satu tahun).”

Ditanya jika rundingan kontrak dengan De Gea sedang dirancang, Mourinho berkata: “Saya tidak tahu. Saya hanya percaya ahli lembaga pengarah dan tugas yang mereka lakukan. Saya tidak berunding dengan pemain. Saya tidak berbincang tentang angka dalam kontrak, saya hanya berkata sangat jelas dan semua orang akan memberikan pandangan yang sama di mana beliau harus dikekalkan.”

Mourinho juga mencadangk­an beliau kadang-kadang kesal dengan kontrovers­i lisan dengan pengurus kelab lain, sambil menambah beliau tidak percaya beliau sentiasa bersalah.

Mourinho terlibat dalam perbalahan dengan pengurus Chelsea, Antonio Conte sejak dua minggu yang lepas.

Ia memuncak dengan Mourinho mengisytih­arkan beliau ‘benci’ dengan Conte Jumaat lepas selepas sebelum ini merasakan jurulatih itu seperti “badut” kerana tingkah lakunya ketika meraikan gol atau kemenangan di tepi padang. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia