Utusan Borneo (Sabah)

Usia ringankan beban ibu-bapa

Laksana program kebajikan, termasuk berkhatan beramai-ramai

-

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli telah menghadiri Majlis Tazkirah dan Marhaban sempena meraikan kanakkanak Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Bahagian Labuan selamat berkhatan beramai-ramai di Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun, malam Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Usia Bahagian Labuan Haji Mohd Ali Mohamad Omar Bledram.

M oh d Ali berkata berkhatan adalah program tahunan Usia Bahagian Labuan bagi membantu kanak-kanak dalam urusan dengan pihak tertentu termasuk pembayaran yuran.

Katanya, setakat ini hanya Usia Labuan yang melaksanak­an program berkhatan ini dalam kalangan 27 Bahagian Usia di seluruh Sabah.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua Usia Pusat berkata Usia Labuan berharap program itu akan dapat diteruskan pada setiap tahun.

“Saya berharap lebih ramai ibu bapa akan menyertain­ya pada program-program akan datang,” katanya.

Beliau juga berharap masyarakat setempat akan terus menyokong program-program agama yang dianjurkan oleh Usia Bahagian Labuan.

Mohd Ali mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu Usia Labuan dalam menjayakan program tahunan itu khususnya Jabatan Kesihatan Labuan, Klinik Kesihatan, Panel Penasihat Klinik Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan.

“Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada Datuk Rozman yang hadir bersamasam­a bagi menyokong acara tahunan ini,” katanya.

Beliau bagi pihak pengurusan Pejabat Usia Bahagian turut mengucapka­n terima kasih kepada AJK Usia Bahagian, AJK Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun dan AJK Usia Cawangan atas kerjasama untuk menjayakan program berkenaan.

Sementara itu, Rozman sentiasa mengalu-alukan dan menyokong usaha Usia Bahagian Labuan yang berjaya pada setiap tahun mengadakan program berkhatan beramai-ramai di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, kejayaan penganjura­n program Usia itu disebabkan komitmen dan kesungguha­n kepimpinan Mohd Ali yang dibantu AJK bahagian dan cawangan serta kepercayaa­n ibu bapa.

“Pada setiap tahun, Usia Bahagian Labuan berjaya menganjurk­an program berkhatan ini kerana kepercayaa­n yang diberikan ibu bapa terhadap kepimpinan Mohd Ali dan AJK di peringkat bahagian dan cawangan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 40 anak ahli Usia Bahagian Labuan telah diraikan selepas menjalani program berkhatan beramai-ramai di Klinik Kesihatan, Membedai, pada 16 Disember 2017.

Mereka yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun merupakan anak-anak ahli daripada 10 cawangan Usia.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Usia Bahagian Labuan Haji Abd Rahman Lamudin, Ketua Kampung Sungai Bedaun Mursidi Mokhtar dan Pengerusi Masjid Nurul Iman Ustaz Minggu Matnoh.

Sementara itu, Naib Ketua Usia Bahagian Labuan Sahari Amdan berkata program itu juga telah mengeratka­n hubungan silaturahi­m bukan sahaja dalam kalangan ahli Usia tetapi juga masyarakat di Kg Sungai Bedaun.

Ia kerana katanya, program itu turut menyelit kanta z kira h agama yang disampaika­n oleh Kiyai Khaedar Ahmad Hasan selain solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Pada majlis itu, guru Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun Ustaz Shahrom Samlan mengetuai lafaz dua kalimah syahadah manakala Ustaz Minggu Matnoh mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat.

Majlis yang bermula selepas solat Isyak itu diimarahka­n lagi dengan marhaban yang diketuai Haji Abd Hamid Haji Abd Rahman.

Apa yang lebih menarik pada tahun ini ialah penyertaan seorang kanakkanak yang bukan beragama Islam iaitu Aaron Zackery, 10, yang menyatakan mahu menjadi seorang lelaki yang sebenarnya.

Aaron yang bersekolah di Labuan Internatio­nal School (LIS) berkata ibunya mengizinka­nnya bersunat kerana mahu menjaga kesihatan.

“Saya mahu jadi lelaki sebenar selain faktor kesihatan. Saya amat seronok bersama rakanrakan yang menyertai program berkhatan anjuran Usia Bahagian Labuan ini,” katanya yang tidak kekok menghadiri majlis di Masjid Nurul Iman itu.

Sementara itu, Abd Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Usia Pusat berkata Usia Bahagian Labuan yang diterajui Mohd Ali akan terus membantu ibu bapa yang kurang berkemampu­an melaksanak­an program berkhatan kepada anak-anak ahli pertubuhan itu.

Katanya, menerusi program itu, dapat meringanka­n beban kewangan ibu bapa khususnya ahli Usia Bahagian Labuan.

“Usia Bahagian Labuan akan terus melaksanak­an program berkhatan beramairam­ai sempena musim cuti persekolah­an kepada anakanak ahli,” katanya.

Beliau berharap menerusi

“Kejayaan penganjura­n program Usia itu disebabkan komitmen dan kesungguha­n kepimpinan Mohd Ali yang dibantu AJK bahagian dan cawangan serta kepercayaa­n ibu bapa. Pada setiap tahun, Usia Bahagian Labuan berjaya menganjurk­an program berkhatan ini kerana kepercayaa­n yang diberikan ibu bapa terhadap kepimpinan Mohd Ali dan AJK di ” peringkat bahagian dan cawangan. DATUK ROZMAN ISLI Ahli Parlimen Labuan

program seumpama itu, masyarakat Islam akan mengenali dan mengetahui lebih lanjut peranan dan sumbangan Usia Bahagian Labuan kepada masyarakat setempat.

Katanya, program seumpana itu juga dapat mengeratka­n lagi hubungan antara ahli di 10 cawangan Usia Bahagian Labuan.

 ??  ?? ROZMAN (tiga kanan) menyerahka­n bunga telur kepada Aaron sambil diperhati Mohd Ali (dua kiri).
ROZMAN (tiga kanan) menyerahka­n bunga telur kepada Aaron sambil diperhati Mohd Ali (dua kiri).
 ??  ?? KANAK-KANAK berkhatan gembira majlis meraikan mereka selesai diadakan di Masjid Nurul Iman, Kg Sungai Bedaun.
KANAK-KANAK berkhatan gembira majlis meraikan mereka selesai diadakan di Masjid Nurul Iman, Kg Sungai Bedaun.
 ??  ?? USTAZ Shahrom mengetuai lafaz dua kalimah syahadah yang diikuti kanak-kanak.
USTAZ Shahrom mengetuai lafaz dua kalimah syahadah yang diikuti kanak-kanak.
 ??  ?? ABD Rahman (kanan) bersama tetamu kehormat (dari kiri) Ismuni, Mohd Ali dan Rozman.
ABD Rahman (kanan) bersama tetamu kehormat (dari kiri) Ismuni, Mohd Ali dan Rozman.
 ??  ?? AHLI Kumpulan Marhaban Kampung Sungai Bedaun merakam kenangan bersama Rozman dan Mohd Ali.
AHLI Kumpulan Marhaban Kampung Sungai Bedaun merakam kenangan bersama Rozman dan Mohd Ali.
 ??  ?? MURSIDI (kiri) turut menjayakan program itu.
MURSIDI (kiri) turut menjayakan program itu.
 ??  ?? MOHD Ali (kiri) mengadakan perbincang­an dengan Rozman sebelum program itu dimulakan.
MOHD Ali (kiri) mengadakan perbincang­an dengan Rozman sebelum program itu dimulakan.
 ??  ?? ISMUNI (dari kiri) bersama Mohd Ali dan Rozman bersalaman dengan peserta program.
ISMUNI (dari kiri) bersama Mohd Ali dan Rozman bersalaman dengan peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia