Utusan Borneo (Sabah)

Nama pakar disenarai pendek

Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke Kabinet minggu depan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an akan membawa usul penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke Kabinet minggu depan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ketika ini pihaknya sedang menyenarai pendek pakar yang akan terlibat dalam majlis tersebut bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat dapat dilaksanak­an untuk jangka panjang.

“Ada lima kluster (yang akan diwujudkan) dan kita akan panggil pakar dalam setiap kluster tersebut. Bila ada kluster kita perlukan orang yang betul-betul memahaminy­a (supaya) apabila kita umum (dasar) kita nak pastikan tidak ada ‘flip-flop’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen ‘Magic of Ong 2018’ Tesco, di sini pada Isnin.

L imak lu s t e r berkenaan ialah perumahan, pengangkut­an, utiliti, makanan dan minuman.

Pada Disember lepas, Hamzah dilaporkan berkata kerajaan bersetuju

“Ada lima kluster (yang akan diwujudkan) dan kita akan panggil pakar dalam setiap kluster tersebut. Bila ada kluster kita perlukan orang yang betulbetul memahaminy­a (supaya) apabila kita umum (dasar) kita nak pastikan tidak ada ” ‘flip-flop’. DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an

menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi membantu rakyat mendepani kenaikan kos sara hidup.

Usul itu diutarakan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 yang berlangsun­g pada awal Disember lalu.

Sementara itu, Hamzah berkata aplikasi ‘Price Catcher’ dijangka dilancarka­n secara rasmi pada awal bulan depan.

Aplikasi itu yang diperkenal­kan pada Oktober tahun lepas bertujuan memudahkan pengguna membuat perbanding­an harga barang di pasar raya di seluruh negara. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? HAMZAH (berdiri, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie (berdiri, kiri) beramah mesra dengan warga emas pada pelancaran ‘The Magic of Ong 2018 Campaign’ di Bandar Manjalara pada Isnin.
- Gambar BERNAMA HAMZAH (berdiri, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie (berdiri, kiri) beramah mesra dengan warga emas pada pelancaran ‘The Magic of Ong 2018 Campaign’ di Bandar Manjalara pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia