Utusan Borneo (Sabah)

5,780 kg minyak masak cuba diseludup ke Thailand dirampas

-

KOTA BHARU: Seorang individu tanpa lesen pemborong minyak masak ditahan kerana cuba menyeludup 5,780 kilogram bahan itu ke negara jiran pada 11 Jan lepas.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan dalam Ops Khas Bekalan dan minyak masak tersebut dipercayai diperolehi dari Selangor.

“Kesemua minyak masak bernilai RM14,450 itu dirampas hasil serbuan ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, Pasir Mas, pada pukul 11.40 malam, 11 Januari lalu,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Ab Ghani berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan membawa masuk bekalan minyak dari negeri lain dalam kuantiti kecil dan dikumpulka­n di stor haram di kawasan berhampira­n sempadan MalaysiaTh­ailand di negeri ini.

“Apabila jumlahnya banyak kesemua bekalan minyak itu akan diseludup ke negara jiran melalui laluan haram. Kita juga dapati minyak masak jenama berkenaan tidak dijual di Kelantan dan ia hanya untuk dijual di Thailand, “katanya.

Katanya kebiasaann­ya bagi minyak masak seberat 17 kg dijual di negeri ini dengan harga RM42 tetapi apabila tiba di negara jiran harganya meningkat kepada RM52.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama iaitu denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembang­an lain, Ab Ghani berkata KPDNKK Kelantan menyita sebanyak 390 unit beg tangan, kasut dan tali pinggang wanita bernilai RM36,000 disyaki produk tiruan, hasil serbuan di sebuah butik di Ketereh di sini, Khamis lepas.

“Kita dapati harga setiap unit beg tangan itu begitu murah iaitu serendah RM65 walaupun harga yang tulin mencecah ribuan ringgit.

“Kita juga percaya lelaki ini sudah lama menjalanka­n kegiatan penjualan barangan tersebut termasuk secara dalam talian dan sambutanny­a dikatakan menggalakk­an, “katanya. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? ABDUL Ghani (kanan) bersama pegawainya menunjukka­n barang rampasan berupa minyak masak jenama Keris bernilai RM12,750 pada sidang media di stor KPDNKK Kawasan Perindustr­ian Pengkalan Chepa pada Isnin.
- Gambar BERNAMA ABDUL Ghani (kanan) bersama pegawainya menunjukka­n barang rampasan berupa minyak masak jenama Keris bernilai RM12,750 pada sidang media di stor KPDNKK Kawasan Perindustr­ian Pengkalan Chepa pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia