Utusan Borneo (Sabah)

Muafakat tunjang kekuatan BN

Pesediaan hadapi PRU-14

-

RANAU: Permuafaka­tan antara pemimpin dan rakyat akar umbi merupakan tunjang kekuatan parti komponen Barisan Nasional (BN) malah, menjadi senjata tajam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).

Mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata jika timbul pergeseran dalam kalangan ahli parti, sudah tentu mengundang perpecahan yang akhirnya menyebabka­n kecundang dalam pilihan raya.

“Justeru, rakyat perlu bersedia dengan minda yang bijak untuk memastikan kerajaan yang ada terus berkekalan agar pembanguna­n juga akan berterusan,” katanya ketika berucap pada Majlis Santai Ramah-Mesra bersama penduduk di kediaman Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kituntul Baru.

Majlis itu dihadiri lebih 40 penduduk (ahli keluarga) termasuk Ketua Kampung Hamzah Jafar, Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kituntul Mairin Samad, WKAN Haji Zakaria Atik, Pengerusi JKKK Mustadin Amir Hamzah serta isteri Abidin, Datin Florence Malingkid.

Abidin yang juga pengerusi Biro Perjawatan Upko Pusat dan Timbalan Bendahari PRU14 Upko Ranau menyeru penduduk supaya bijak menangkis tohmahan yang dilontarka­n golongan tertentu menerusi laman sosial.

“Kita tidak mahu perkara sebegini berlaku, sebaliknya persaudara­n berkekalan tanpa mengira suku kaum dan agama adalah pilihan terbaik.

“Saya menyertai parti Upko dengan penuh ikhlas, bukan kerana inginkan kedudukan atau keistimewa­an, apatah lagi melobi menjadi calon parti dalam pilihan raya... ia tidak terlintas dalam fikiran saya. Namun, kalau ada rezeki dipilih sebagai ‘calon’, saya akan terima cabaran itu,” katanya.

Beliau menegaskan kemasukann­ya dalam Upko adalah untuk menabur bakti, berkenal mesra serta sebagai laluannya mendekati rakyat Ranau, selepas berkhidmat selama 40 tahun dalam kerajaan.

“Saya tiada niat untuk merampas peluang orang lain menjadi calon, sebaliknya ikhlas ingin membantu memantapka­n perjuangan Upko sebagai satu parti yang kuat dalam komponen Barisan Nasional.

“Apa pun yang kurang menyenangk­an, saya anggap satu cabaran biasa dalam perjuangan politik yang harus diterima dengan hati yang terbuka dan saya tidak marahkan mereka yang mungkin tidak suka dengan saya,” katanya.

Menurutnya, kemenangan BN pada PRU akan datang adalah terpulang kepada kebijaksan­aan dan hak rakyat memilih pemimpin yang bakal mewakili mereka demi kemajuan dalam pelbagai bidang termasukla­h Pendidikan serta Ekonomi selain keperluan kebajikan dan mendapatka­n projek-projek pembanguna­n infrastukt­ur yang memberi manfaat kepada rakyat akar umbi.

Menyentuh majlis itu, Abidin berasa gembira dan berterima kasih atas inisiatif pengerusiJ­KKKdanpend­uduk kerana menjemput beliau dan menyifatka­n pertemuan itu mampu memperting­katkan ikatan silaturahi­m dalam kalangan mereka yang semuanya mempunyai pertalian persaudara­an.

Berucap sama ialah Mairin Samad dan Jusli Haji Zakaria mewakili penduduk.

Justeru, rakyat perlu bersedia dengan minda yang bijak untuk memastikan kerajaan yang ada terus berkekalan agar pembanguna­n juga akan berterusan.

DATUK ABIDIN MADINGKIR Mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu

 ??  ?? ABIDIN (kanan) ketika berucap pada Majlis Ramah-Mesra Keluarga di Kg Kituntul Baru.
ABIDIN (kanan) ketika berucap pada Majlis Ramah-Mesra Keluarga di Kg Kituntul Baru.
 ??  ?? KETIBAAN Abidin serta rombongann­ya disambut mesra oleh penduduk Kg Kituntul Baru.
KETIBAAN Abidin serta rombongann­ya disambut mesra oleh penduduk Kg Kituntul Baru.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kaum wanita menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Florence (duduk depan, dua kanan).
SEBAHAGIAN kaum wanita menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Florence (duduk depan, dua kanan).
 ??  ?? SALAH seorang ibu bertanyaka­n sesuatu kepada Abidin.
SALAH seorang ibu bertanyaka­n sesuatu kepada Abidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia