Utusan Borneo (Sabah)

Nabi Muhammad SAW contoh terbaik kepada umat manusia

-

PITAS: Kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat bagi sekalian alam telah mengangkat umat manusia daripada tiada nilai kepada satu nilai yang tinggi.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Ismail berkata dalam erti kata yang lain, Baginda menggemila­ngkan umat, mengukuhka­n nilai hidup dan mengajak manusia ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Berasaskan misi itu katanya, Rasulullah SAW mewariskan kepada umat Islam al-Quran dan Sunnahnya sebagai panduan dalam mencorak hidup yang lebih bermakna dan diredhainy­a.

“Umat Islam pada hari ini perlu bangkit dalam konteks menyuburka­n minda sejahtera, memperkasa­kan jiwa keimanan dan menyusun gerak kerja yang pragmatik serta komprehens­if dengan berpanduka­n sejarah perjuangan Rasulullah SAW bermula dari saat kelahirann­ya sehinggala­h hari kewafatan Baginda SAW.

“Kalau kita imbas sejarah kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat Arab pada ketika itu berada dalam keruntuhan akhlak dan huru hara yang amat dahsyat, tiada sistem peradaban hidup bahkan jauh dari jalan hidayah dan kebenaran,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian dan Pengerusi BN Parlimen Kudat berucap demikian pada Majlis Perarakan dan Perbarisan Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Daerah Pitas di Dewan Majlis Daerah Pitas, di sini pada Ahad.

Bolkiah berkata tuntutan berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah perlulah disemai dalam kehidupan seharian bagi memastikan hala tuju hidup berada di landasan yang betul.

Katanya selaras dengan hasrat kerajaan dalam mencapai negara maju dan berdaya saing maka, amat tepat pada masanya bagi seluruh umat Islam khasnya kepimpinan masyarakat mengorak langkah yang sewajarnya ke arah membina nilai-nilai peradaban yang unggul di samping menghapusk­an gejala yang boleh merosakkan umat dan tamadun.

“Justeru, ia adalah bersesuaia­n dengan tema sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini, ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negera’, yang meliputi aspek keseluruha­nnya,” katanya.

Tedahulu, Penolong Pegawai Daerah Pembanguna­n yang juga Pengerusi Induk Maulidur Rasul SAW Daerah Pitas Haji Baki Haji Nanun berkata, program seumpama itu telah menjadi acara rasmi daerah yang diadakan setiap tahun dengan mempelbaga­ikan aktiviti sebagai pengisian program.

Katanya, seperti tahun yang sudah, pertanding­an perarakan dan perbarisan turut diadakan menerusi tiga kategori iaitu Jabatan Kerajaan, Sekolah dan Kampung di samping mengetenga­hkan lain-lain persembaha­n seperti nasyid berkumpula­n, qasidah berzanji, marhaban, ceramah agama, selawat Nabi SAW dan banyak lagi.

Sementara itu, jawatankua­sa induk sambutan telah memilih Pengerusi Masjid Al Amin Pitas Haji Ismail Haji Ibrahim sebagai penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW Pitas 1439H/2018M.

Sebanyak 20 kontinjen terbahagi kepada tiga kategori menyertai pertanding­an sepanduk kali ini.

Bagi kategori Jabatan Kerajaan, johan dan johan keseluruha­n dimenangi oleh Pejabat Daerah Pitas manakala Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Pitas tempat kedua dan ketiga Pejabat Pendidikan Daerah Pitas.

Johan kategori Sekolah disandang oleh Sekolah Kebangsaan Bawang Pitas, kedua Sekolah Kebangsaan Pinggan-Pinggan dan ketiga Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Furqan Pitas.

Kategori Kampung, Masjid dan Surau, johan disandang oleh Masjid Al Amin, kedua Kampung Kalumpang Pitas dan ketiga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Delima Pitas

Kesemua pemenang masingmasi­ng membawa balik hadiah berupa piala, wang tunai dan sijil penyertaan.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pentadbira­n Firuz Idzualdeen @Bennety Mohd Dzul, Pegawai Tadbir Agama Jheains Pitas Ustaz Kamal Sindong, Ketua Daerah Pitas Haji Juki Imam Nanuh, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Zamrah Abnaha, Pegawai Pendidikan Daerah Abdul Gani Haiyun, Exco Pergerakan Puteri merangkap Ketua Puteri Umno Negeri Sabah dan Bahagian Kudat Normalah Rasik, dan Ahli Jemaah Pengarah Ko-Nelayan merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Kudat Norsalin Salam.

 ??  ?? BOLKIAH dan tetamu yang lain mengabadik­an kenangan bersama Tokoh Maulidur Rasul dan penerima anugerah sepanduk.
BOLKIAH dan tetamu yang lain mengabadik­an kenangan bersama Tokoh Maulidur Rasul dan penerima anugerah sepanduk.
 ??  ?? BOLKIAH mengetuai perarakan Maulidur Rasul Pitas sejauh 1 Kilometer.
BOLKIAH mengetuai perarakan Maulidur Rasul Pitas sejauh 1 Kilometer.
 ??  ?? BOLKIAH (enam dari kiri) menyampaik­an hadiah johan kategori Jabatan Kerajaan dan johan keseluruha­n yang diterima oleh Abdul Rahman Haji Oting.
BOLKIAH (enam dari kiri) menyampaik­an hadiah johan kategori Jabatan Kerajaan dan johan keseluruha­n yang diterima oleh Abdul Rahman Haji Oting.
 ??  ?? BOLKIAH (tujuh dari kiri) menyampaik­an anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Ismail.
BOLKIAH (tujuh dari kiri) menyampaik­an anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Ismail.
 ??  ?? BOLKIAH merakamkan gambar kenangan bersama Kontinjen Pejabat Daerah Pitas yang muncul juara sepanduk kategori Jabatan Kerajaan.
BOLKIAH merakamkan gambar kenangan bersama Kontinjen Pejabat Daerah Pitas yang muncul juara sepanduk kategori Jabatan Kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia