Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masyarakat perlu sedia profil kampung, kawasan: Fazzrudin

-

KUCHING: Pemimpin masyarakat terutama ketua bagi sesebuah kampung atau kawasan perlu menyediaka­n profil kampung atau kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata profil ini merupakan maklumat penting kepada kerajaan bagi mengenal pasti bentuk bantuan atau pembanguna­n yang perlu disalurkan.

Malah menurut Fazzrudin, profil juga akan menjadi panduan kepada pemimpin dan pendudukny­a merancang aktiviti dan program ke arah memajukan lagi kampung atau kawasan berkenaan.

“Kita mahu pemimpin akar umbi terutama ketua bagi setiap kampung dan kawasan penempatan di kawasan Tupong ini menyediaka­n profil masing-masing.

“Profil penting untuk kami wakil rakyat dan pemimpin di peringkat atasan menyalurka­n bantuan yang diperlukan.

“Malah menerusi profil ini juga kita akan tahu apa kelebihan yang terdapat di kawasan kita yang dapat diketengah­kan kepada masyarakat luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jiwa Murni Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Gita Lama bagi kawasan DUN N.6 Tupong di sini, pada Ahad.

Pada program itu, Fazzrudin turut menggesa pemimpin akar umbi memberi kerjasama kepada usaha kerajaan membangunk­an sesebuah kawasan atau kampung.

Tanpa kerjasama daripada pemimpin akar umbi, segala perancanga­n dan usaha kerajaan untuk membawa pembanguna­n kepada rakyat tidak akan tercapai.

Program tersebu bertujuan mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara pemimpin dan penduduk setempat.

Program tersebut turut dimeriahka­n dengan aktiviti seperti pertanding­an memasak, dart, mewarna dan karaoke bagi menarik pembabitan setiap lapisan penduduk.

Turut hadir Ahli Dewan Negara Senator Dr Zaiedi Suhaili, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.

 ??  ?? FAZZRUDIN (tiga kanan) menyerahka­n hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an yang diadakan sempena Program Jiwa Murni PBB Ranting Gita Lama di Kuching. Turut kelihatan Zaiedi (empat kanan).
FAZZRUDIN (tiga kanan) menyerahka­n hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an yang diadakan sempena Program Jiwa Murni PBB Ranting Gita Lama di Kuching. Turut kelihatan Zaiedi (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia