Utusan Borneo (Sabah)

FELDA sahkan dapat kembali hak milik tanah

Diperoleh menerusi perjanjian persefaham­an antara FELDA dan SPSB tanpa melibatkan apa-apa kos

-

“Pihak pemaju telah secara sukarela bersetuju untuk mengembali­kan hak milik tanah itu kepada Felda tanpa kos dan telah menyerahka­n kesemua surat hak milik hartanah tersebut untuk didaftarka­n semula ke atas nama FELDA.

TAN SRI SHAHRIR SAMAD Pengerusi FELDA

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) semalam mengesahka­n ia telah mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak daripada Synergy PromenadeS­dnBhd(SPSB), tanpa melibatkan apa-apa kos, kata Pengerusin­ya, Tan Sri Shahrir Samad.

Pemilikan semula hak milik kesemua 16 plot tanah, yang melibatkan empat transaksi jual beli dilakukan pada Disember 2015 dan November 2016, diperoleh menerusi perjanjian persefaham­an yang ditandatan­gani antara FELDA dan SPSB di ibu pejabat FELDA semalam.

“Pihak pemaju telah secara sukarela bersetuju untuk mengembali­kan hak milik tanah itu kepada Felda tanpa kos dan telah menyerahka­n kesemua surat hak milik hartanah tersebut untuk didaftarka­n semula ke atas nama FELDA,” katanya dalam temu bual khas dengan Bernama di sini.

Berhubung pembanguna­n projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang sedang dilaksanak­an di tanah itu, Shahrir berkata projek tersebut akan tetap diteruskan kerana pihak pemaju telah memperoleh perintah pembanguna­n sebelum transaksi tukar hak milik tanah dilakukan.

Beliau berkata semua perkara berhubung projek KLVC bergantung kepada perjanjian pembanguna­n yang telah ditandatan­gani antara anak syarikat FELDA, Felda Investment Corporatio­n (FIC) dan SPSB pada Jun 2014.

“Kita perlu asingkan soal pemilikan tanah dan juga hal projek pembanguna­n di tanah itu kerana jika apaapa berlaku kepada syarikat pemaju,kepentinga­nFELDA ke atas tanah terjamin dan tidak akan pergi bersama (tergadai),” kata Shahrir.

Shahrir menjelaska­n dalam perjanjian pembanguna­n berkenaan,soalkewang­andan dana pembanguna­n bukan di bawah tanggungja­wab FELDA.

Perjanjian pembanguna­n itu juga menyatakan Felda bakal mendapat pembayaran tunai sekurang-kurangnya berjumlah RM500 juta atau 10 peratus daripada nilai keseluruha­n pembanguna­n projek itu, mana satu lebih tinggi, katanya.

Shahrir berkata FELDA dan SPSB akan berunding semula bagi penambahba­ikan ke atas pelaksanaa­n perjanjian pembanguna­n tersebut demi kebaikan semua pihak.

“FELDA akan turut memastikan segala proses dan prosedur pengembali­an tanah ini serta proses lain dalam projek KLVC akan menurut tatacara tadbir urus korporat yang baik dan berintegri­ti,” katanya.

Mengenai laporan polis yang telah dibuat pada 12 Dis tahun lepas di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574), Shahrir menegaskan Felda telah memutuskan untuk tidak menarik balik laporan itu.

Beliau berkata laporan polis adalah untuk menyiasat dakwaan salah laku melibatkan­pemindahan­milik yang dilakukan secara tidak sah, dan bukan mengenai projek itu.

Audit forensik yang sedang berjalan juga akan diteruskan untuk mengenal pasti jika terdapat salah laku dalam transaksi tersebut, katanya. -Bernama

 ??  ?? SHAHRIR (tengah) menyaksika­n penyerahan semula geran hak milik tanah di Jalan Semarak oleh Synergy Promenade Sdn Bhd kepada FELDA yang diwakili oleh Pengurus Besar FELDA Datuk Ab Ghani Mohd Ali (kanan) dan Synergy Promenade Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Synergy Promenade Sdn Bhd Datuk Marina Hashim (kiri) di Menara FELDA pada Isnin. -Gambar Bernama
SHAHRIR (tengah) menyaksika­n penyerahan semula geran hak milik tanah di Jalan Semarak oleh Synergy Promenade Sdn Bhd kepada FELDA yang diwakili oleh Pengurus Besar FELDA Datuk Ab Ghani Mohd Ali (kanan) dan Synergy Promenade Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Synergy Promenade Sdn Bhd Datuk Marina Hashim (kiri) di Menara FELDA pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia