Utusan Borneo (Sabah)

T7 Global akan jual hartanah di Birmingham

-

KUALA LUMPUR: T7 Global Bhd, penyedia perkhidmat­an minyak dan gas huluan dan hiliran, memperoleh kelulusan pemegang saham untuk menjual hartanahny­a di Birmingham dengan harga £5.75 juta (£1 = RM5.44) secara tunai.

T7 Global dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, hasil daripada penjualan itu akan digunakan untuk membiayai modal kerja bagi projek-projek dan modal kerja am kumpulan.

Syarikat itu berkata langkah tersebut adalah sejajar dengan rancangan korporat kumpulan sekarang untuk menumpukan kepada perniagaan semasa dan usaha niaga baharu.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Nik Norzul Thani Nik Hassan Thani berkata hasil daripada penjualan itu akan membolehka­n syarikat tersebut mengukuhka­n mudah tunai dan aliran tunainya serta membolehka­n ia menggunaka­n aliran tunai masa depan bagi perbelanja­an modalnya pada masa depan.

“Kami percaya dengan potensi T7 Global dan berharap dapat memainkan peranan kami dalam memacu pertumbuha­nnya dan mewujudkan nilai bagi pemegang saham,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga yakin ia akan mencatatka­n satu lagi tahun yang baik susulan keputusan suku keempat yang menggalakk­an bagi tahun kewangan semasa yang berakhir 31 Dis, 2017.

Pasa masa depan, T7 Global berkata, ia akan terus menumpukan kepada pemacu pendapatan teras dan memberi perhatian kepada objektif jangka panjang kumpulan, katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia